“Yg sambut dekat tingkap tu rare ahh”- Netizen

Tanggungjawab sebagai ibu itu sangatlah berat dan mencabar. Tiap masa kalut dan terkejar-kejar nak uruskan hal satu persatu, lebih-lebih lagi jika anak masih kecil. Mau penat nak kena layan perangai mereka, hantar anak ke sekolah, siapkan hidangan dan sebagainya. Tak menang tangan nak buat sorang-sorang.

Itu belum lagi jika kedua ibu bapa bekerja, siapa nak jaga dan uruskan hal-hal anak kecil. Sebabtulah kebanyakan menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau transit sementara menunggu waktu pulang dari tempat kerja.

Dah pulang ke rumah pula, kena masakkan hidangan makan malam kepada anak-anak dan suami. Penat aih,, tapi itulah lumrah kehidupan. Kalau taknak susah, bolehlah cari pembantu rumah, boleh ringankan beban kerja rumah sikit.

Situasi ini dikongsikan oleh penyanyi yang bernama Adira Suhaimi apabila beliau kelihatan sangat kalut dalam rutinnya sebagai seorang ibu. Pagi-pagi dah kena hantar anak perempuannya ken sekolah, haritu pula terlambat ambil anaknya. Aih, nasib baik anaknya tak mar4h, baik budaknya.

Sesampainya di rumah, anak lelaki nya tu pula buat hal. Ada ke sambut ibu sampai panjat tingkap. Excited sangat tu, macam dah lama tak jumpa ibunya. Kelakar betul perangai anak Adira ni. Satu satu buat hal. Nasib baik sayang.

Sebagai seorang ibu, memang tak lari dari situasi macamni, anak buat hal, menangis, meng4muk dan sebagainya. Boleh naik pening dibuatnya. Terpaksa hadap jelah, nak buat macam mana lagi kan? Hehe.

Antara komen netizen ialah “inilah super mommy aktif cergas even kcik2 lgi salute babe”. Aktif kan mommy Adira ni, walaupun kalut nak layan karenah anak, tapi tetap berjaya selesaikan tugasan hariannya.

Dahulunya Adira memuat naik video beliau keluar dari rumah tanpa pengetahuan anak-anaknya. Kelakar betul gelagat Adira. Memangs sebijik yang pernah dilalui oleh k4um ibu-ibu. Kalini, beliau muat naik video lain pula. Agaknya ibu-ibu akan alami situasi yang sama kan.

Justeru, sememangnya fasa-fasa sebegini sangat mencabar dan terpaksa diharungi bersama. Lepasni kalau anak-anak buat kita cub1t mereka, bak kata orang m4rah kerana sayang. Bukan m4rah sebab dendm.

Sumber :Ig Adira.suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!