“Nampak pasangan dlm video ni tak bahagia, masam ajo muka” – Netizen

Kalau masa bekerja perlulah kerja bersungguh-sungguh bukan? Begitupun, kadang ada sahaja perkara yang buat kita jadi ‘muncung’ terutama dek masalah peribadi sendiri ataupun orang lain. Lihat saj4lah gelagat dua sekawan, juruhebah, Ajak Shiro dan Fizi Ali ini, masing-masing masam muka pula. Entah apa pulak masalah mereka berdua. Kedua-duanya sedang berada di konti ketika itu.

Sambil menendang sesuatu nampak seperti tempat duduk yang digolek-golek oleh Ajak dan Fizi pada satu sama lain, mereka berdua juga kelihatan saling bermasam muka. Macam ada sesuatu yang tak kena pula ya…

Jika dilihat pada kapsyen Ajak, dia bersetuju kalau masa bekerja seseorang itu perlu bekerja. Pada masa bermain pula, coret Ajak, perlulah bermain. Pasti maksudnya, kedua-duanya mesti kena buat dengan bersungguh-sungguh.

Berkongsi keadaan situasi mereka berdua ketika itu, Ajak menanyakan kepada netizen sama ada dia dan Fizi sedang bekerja atau bermain? Rupa-rupanya mereka hendak bercakap tentang topik ‘Perkara kecil yang buat pasangan kita bahagia’.

Agak mencuit hati ada pula netizen menyangka Ajak dan pasangan setugasnya Fizi tak bahagia dek kerana nampak bermasam muka saja. Harapnya taklah ada krisis dan baik-baik saja hubungan antara mereka berdua.

Pastinya ia hanya sketsa bagi memperkatakan tentang tajuk topik di konti hari ini. Harap tak terus merajuk betul-betul la ya. Kalau betul mesti ramai yang risau kan. Ya lah .. mana tahu mood seorang daripadanya masih belum stabil dek menghadapi ‘krisis’ rumah tangga baru-baru ini.

“Pasangan dua menjoli ni tengah merajuk sesama sendiri ke camane?”, “Nampak pasangan dalam video ni tak bahagia. Masam ajoo muka”. Itu coret netizen. Sudah tentu mereka sekadar nak mengusik apatah lagi Ajak juga seorang pelawak.

Ajak sudah bergandingan dengan Fizi kira-kira dua tahun lalu selepas menyertai keluarga SuriaFM. Pastinya sudah saling mengenali karektor masing-masing, malah Ajak sendiri pernah mewawancara Fizi di radio menanyakan tentang perpisahannya dengan bekas isteri beberapa bulan lalu.

“Tiada siapa mahukan perpisahan. Kalau ia terjadi tentulah akan rasa sangat-sangat kehilangan”. Itu antara jawapan Fizi ketika ditanya oleh Ajak ketika iti. Sudah tentulah topik ini turut dekat di hati dirinya dan Ajak yang juga sudah berumahtangga.

Patutlah kedua-duanya murung termenung memikirkan tentang topik dibawa mereka ya… Yang pasti bukan hanya mereka berdua, kita juga harus merenung sama memikirkan, walaupun tiada benda besar, perkara sekecik apa yang boleh buat pasangan kita bahagia kan…

Sumber : IG Ajak Shiro

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!