“Yg berjalan last tu tau ke pibedey” – Netizen

Siapa saja tidak mengenali permata hati kecil molek Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang bernama Yusuf dan Alisa. Setiap hari, ada saja gelagat yang mencuit hati dari keluarga mereka. Baru-baru ini Hairul dan Hanis meraikan ulang tahun kelahiran putera dan puteri mereka dengan tema yang amat memukau.

Tetapi apa yang lebih memukau dan membuat para netizen geli hati apabila melihat kucing mereka yang bernama Bujibu tiba-tiba seperti ‘’in character’’ ketika event tersebut.

Tema ulang tahun Yusuf dan Alisa pada tahun ini amat membuat para netizen teruja dan ternganga kerana tidak pernah lagi netizen melihat tema yang sebegitu fantasy seperti dalam Movie Princess dan Zomb1e. Dari segi dekorasinya dan juga vibes yang diberikan seolah-olah netizen juga berada dalam event tersebut.

Menurut Hanis, dekorasi event telah dirancang rapi dan dibantu oleh adik-beradiknya. Katanya, ada juga plan yang tidak menjadi seperti seguni patung zomb1e yang telah diorder dari China tidak sempat sampai hari pada event, tetapi tidak memberikan impak yang besar kerana beliau begitu teruja dengan kehadiran rakan-rakan sekelas Yusuf dan para tetamu ke event tersebut.

Hanis juga berkongsi bahawa puterinya, Alisa turut menjadikan rakan-rakan Yusuf seperti rakan karibnya sendiri. Yelah, Alisa masih tidak bersekolah dan juga anak p4ndemic.

Di pengakhiran perkongsian video tersebut, dengan selambanya kucing mereka iaitu Bujibu berlegar-legar di sekitar event seperti tidak tahu dan hairan apa yang sebenarnya berlaku pada event itu. Rata-rata netizen geli hati dengan gelagat kucing tersebut yang tidak kering dengan ragam-ragam yang melucukan malah ada juga menggelarnya sebegai “Zomb1e berbulus.

Para netizen juga amat teruja dengan segala juadah yang dihidangkan oleh pasangan ini. Segala details telah dilaksanakan dengan begitu rapi, malah seperti menjamu memakan hasil dari tanam-tanaman di perkampungan zomb1e.

Ada juga yang tidak menyangka bahawa event ulang tahun putera dan puteri Hairul akan berjalan sebegitu meriah, kata mereka “birthday begini pun sudah meriah, tunggu majlis kahwin mesti melet0p-let0p”.

Justeru, para netizen juga mendoakan agar permata hati Hairul dan Hanis sentiasa berada dalam keselamatan dan diberkati Tuhan.

Ig Sumber : Haniszalikha & Hairulazreen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!