“Buat kerja rumah pun cantik” – Netizen

Sebut sahaja nama selebriti Nora Danish, pasti anda sudah tahu beliau antara salah satu selebriti wanita yang paling cantik di Malaysia selain Neelofa, Lisa Surihani, Aamyra Rosli dan lain-lain lagi. Apa sahaja yang dilakukan oleh Nora, pasti nampak cantik sahaja di mata netizen. Dari muda remaja hinggalah sekarang sudah bergelar ibu, Nora masih kelihatan maintain cantik dan kecik molek je.

Nora juga sentiasa aktif berkongsi video di Instagram mahupun di Tiktok. Ada sahaja gelagat beliau berjoget menerusi video ya g dikongsi dan ia hanyalah untuk sekadar hiburan sahaja.

Malah video terbaru Nora, sekali lagi mencuri perhatian apabila dirinya yang hanya mengemas rumah dan masih kelihatan cantik seperti yang dikatakan oleh netizen.

Kita yang mengemas rumah ni, macam mana lah rupa kita yang sebenar kan hehe.. Belum tentu cantik macam Nora Danish, confirm haru biru rupa kita time kemas rumah kan?

Namun rupa bukanlah segalanya. Janji kita rajin kemas macam Nora hehe… Cantik itu hanya subjektif sahaja.

Selain itu, video Nora telah menerima banyak tanda suka selepas dikongsi sebentar tadi dan menerima tontonan sehingga 469,000 ulangan.

Ramai netizen juga memuji kecantikan Nora di ruangan komen dan peminat-peminatnya pun suka melihat Nora aktif mengikut trending video di Tiktok.

“Cantiklah nora ni jealous tengok, eish cuter overload lah hmm, suka tengok nora macam anak dara, comel gila menari gitu”-Netizen

Melihat rutin harian Nora, Nora sering menguruskan anaknya meskipun sibuk bekerja. Dan lebih menumpukan perhatian kepada anaknya Neqayl Nedim.

Makin cantik lah Nora sekarang. Tak dimamah usia langsung, awet muda je sepanjang masa.

Sumber: Instagram Noradanish

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!