“Yeay puteri dh nak kahwin dah”- Netizen

Alam perkahwinan adalah saat yang telah dinanti-nantikan oleh semua yang bakal bergelar suami dan isteri. Begitulah yang bakal dilalui oleh pelakon Puteri Aishah kerana akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Selepas tercapai hasrat membelikan ibunya sebuah rumah sebelum beliau berkahwin, kini Aishah telah mula memberi hint dirinya bakal mendirikan rumah tangga dalam waktu yang terdekat ini.

Puteri telah berkongsi beberapa gambar pre wedding miliknya di Instagram sehingga menjadi tumpuan rakan-rakan artis dan peminatnya.

Buat pertama kalinya Puteri telah mendedahkan wajah bakal suaminya di laman sosial media. Ikutkan sebelum ini, memang jarang sekali beliau berkongsi gambarnya bersama bakal suaminya itu.

Malah setakat ini, Puteri masih belum mengumumkan sebarang tarikh perkahwinannya namun sudah dapat dijangka sekitar akhir tahun ini dirinya bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati.

Memang sama cantik sama padan melihat Puteri bersama bakal suaminya itu. Ramai netizen dan rakan artis teruja melihat gambar pra perkahwinan terkini yang dikongsi Puteri baru-baru ini dan menzahirkan ucapan tahniah buat Puteri.

Rata-rata rakan artis yang lain dilihat cukup teruja dengan berita gembira daripada Puteri dan memenuhi

Bukan itu sahaja, peminat Puteri juga mngalkan komen ucaapn tahniah buat Puteri yang bakal bergelar isteri tidak lama lagi dan ada juga sebahagian netizen yang teruja untuk melihat hari bahagia Puteri kelak.

Untuk Puteri Aishah, tahniah kerana bakal bergelar isteri tak lama lagi. Tak sabarnya nak tunggu dan tengok majlis perkahwinan Puteri. Semoga semuanya dipermudahkan.

Sumber: Instagram Puteri Aishah
Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!