“Comel lah dua2, haha tanjat gegurl”- Netizen

Siapa sahaja yang tidak mengenali keluarga bahagia Norman Hakim, pasti ramai mengetahui hubungan baiknya bersama bekas isteri Abby Abadi demi kebahagiaan anak-anak mereka. Ukhuwah yang terjalin antara mereka sekeluarga menjadi contob terbaik buat semua orang di luar sana. Semestinya hubungan keluarga sebeginilah yang boleh mengeratkan lagi hubungan mereka bersama anak-anak meskipun masing-masing sudah berkahwin dan mempunyai pilihan pasangan sendiri.

Selain hubungan mesra Norman, Memey Suhaiza bersama Abby Abadi dan suami Abby, anak-anak Norman juga antara menjadi perhatian netizen. Dua orang anak perempuan Norman yang memiliki wajah cantik sama seperti ibunya sentiasa mencuri tumpuan netizen.

Gelagat Norman bersama anak-anaknya sering dikongsi di laman Instagram. Malah baru-baru ini, gelagat lucu Norman mengusik anak daranya iaitu Marissa Dania dan Maria Danisha telah membuatkan ramai netizen terhibur melihatnya.

Reaksi wajah terkejut anak perempuannya itu dikongsi Norman yang menunjukkan Norman sengaja mengusik anaknya dengan menghidupkan motorsikal berkuasa besar berbunyi ekzos yang kuat

Video lucu itu dikongsi Norman di Instagram sehingga ditonton 200,000 tontonan dan pelbagai reaksi yang diberi oleh pengikut-pengikutnya di Instagram.

Malah ramai pengikut norman di Instagram memuji wajah cantik anak-anaknya yang sama iras seperti ibunya.

Bukan itu sahaja, anak-anak Norman juga mempunyai pengikut yang ramai di Instagram sehingga cecah puluhan ribu pengikut.

Tak dinafikan, ramai netizen suka melihat sikap lembut anak-anak Norman dan lemah lembut mereka.

Nampaknya ramai berkenan dengan anak perempuan Norman Hakim ni.. Tapi kena hadap ayahnya dulu ye hehe…

Sumber: Instagram Normanhakim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!