“Yang ni bila pulak, dari haritu duk lamar dekat tv tak kawen2 jugak”- Netizen

Perkahwinan adalah momen indah yang telah dinanti-nantikan bagi setiap pasangan. Memiliki teman hidup dan susah senang bersama selepas berkahwin menjadikan sesebuah hubungan pasangan itu lebih sempurna. Sebelum berlangsungnya perkahwinan, melamar gadis sunti antara yang perlu dilakukan bagi seorang lelaki untuk memiliki wanita kesukaannya. Jika anda masih ingat, lamaran Kamal Adli buat Uqasha Senrose pada tahun lepas mengejutkan ramai pihak termasuk rakan artis dan juga peminat-peminat mereka.

Kamal membuat kejutan dengan melamar Uqasha ketika siaran langsung Anugerah Meletop Era 2020.

Ura-ura mengatakan Kamal dan Uqasha bakal melangsungkan pernikahan mereka pada waktu terdekat namun tiada pengumuman rasmi daripada pihak mereka.

Baru baru ini, Foto Uqasha berbusana pengantin sentuhan Rizman Ruzaini telah tersebar di laman sosial media. Foto Uqasha berkenaan hanya sekadar bertujuan memrpomosikan busana pengantin yang terbaru dari koleksi Rizman Ruzaini.

Namun, salah seorang netizen memberi komen pada posting instagram Meletop dengan memberitahu masih ternanti-nanti dengan majlis pernikahan Uqasha dan Kamal.

Beberapa netizen lain juga turut menasihati Kamal dan Uqasha supaya segera bernikah kerana lamaran tersebut telah hampir setahun berlalu.

InsyaAllah tak lama lagi tu Kamal dengan Uqasha mesti akan buat pengumuman rasmi. Kita tunggu berita gembira dari mereka nanti. Doa yang baik-baik.

Sumber: Instagram Meletop, Rizmanruzaini

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!