“Semua diangkutnya sampai maid2 tu sekali nak join” – Netizen

Pernah dengar jiran tetangga ‘memekik’ dari dalam rumah. Barangkali bergadvh laki bini, anak beranak dan sebagainya. Kot tak ada kerja tu, ramai juga dalam kalangan orang kita yang jadi kepoci nak dengar apa yang ‘digadvhkan’ tuan tanah. Sudahnya ada yang pura-pura nak menyidai baju di ampaian, bercucuk tanam, atau tiba-tiba rasa nak bersantai macam selebriti, Adira Suhaimi ni…

Terdengar saja jiran terjerit-jerit, terus Adira bentang tikar picnic luar rumah. Lucunya seorang demi seorang daripada empat anaknya itu dibawa luar rumah. Siap bersuap-suap.

Agak mencuit hati, apabila dalam videonya itu, terlihat seakan seseorang yang dikatakan seperti pembantu di rumahnya pun nak keluar ‘mendengar’ sekali. Pandai betul anak-anak Adira pun nak ‘bergosip’ sekali ya.

Tengok sajalah gaya mereka anak beranak, siap ‘pasang telinga’ nak dengar apa butir ‘jeritan’ jiran tu… Siap lihat-lihat sebelah atas, seakan suara tersebut datang dari rumah tingkat itu.

Kena pulak gaya anak-anak Adira ‘berlakon’ sekali aksi ‘mak-mak kepo’ seperti dicoret Adira dalam kapsyen hantarannya itu ya… Nak tergelak pun ada melihatnya. Tak kurang netizen yang geli hati.

“Ndak move on ketawa tgk muka ko adira. #kepocibetul”, “Hahqhhaa angkut anak beranak sekali yaaa”, “mcm jiran kat rumah kite laaaahh”, “ Tpi dengar jaa taksalah kan… yang salah pi join jadi batu api”,

“klau rumah kampung plk..buka tingkap slow2 pasang telingaa”, “Semua diangkutnya sampai maid2 tu skli nak join”.

Jangan pulak ada yang sangka Adira perangai macam tu ya. Sebab kata Adira, lakonan anak-beranaknya itu hanya konten semata. Sama ada mahu mengingatkan netizen perbuatan itu salah, atau sekadar suka-suka.. entahlah..

Dalam pada itu, ada juga ‘benda’ lain yang menancap mata netizen. Melihat rumput kawasan di rumahnya itu ‘tinggi-tinggi’ ramai yang risau. Takut pulak ada binatang berbisa yang menyelinap.

Begitupun kerisauan netizen itu ada yang sempat dibalas oleh Adira di ruangan komen. Katanya, kawasan rumput rumahnya memang dijaga rapi, cuma sekarang musim cuti menyebabkan rumputnya pun ‘cuti’.

Untuk rekod, Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu yang merupakan seorang ahli perniagaan pada 3 Disember 2015.

Sumber : IG Adira Suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!