“Hebat Pak Azad dryer rambut panjang, macam org keje kat salon” – Netizen

Memiliki anak perempuan sememangnya mengajar penjaganya untuk menjadi ‘wanita sejati’ juga. Mana tidaknya, perempuan dah memang fitrahnya sukakan kecantikan termasuk memiliki rambut panjang. Lazimnya seorang bapa menyerahkan urusan penjagaan rambut anak perempuannya pada ibu sahaja. Begitupun, ia tak berlaku pada selebriti, Azad Jazmin. Lihatlah perkongsian video ini. Rajinnya dia ‘membelai’ rambut anak…

Tampak tekun dan ikhlas sekali Azad atau mesra dipanggil Pak Azad ini mem’blow dan menguruskan rambut ikal panjang anaknya itu. Hasilnya kelihatan cantik dan terurus saja.

Tak kurang netizen di ruangan komen menyatakan rasa kagum dek ketekunan Pak Azad menguruskan perihal rambut anaknya bernama Ameisya itu. Ya lah… bukan semua bapak rajin buat kerja ‘renyah’ sebegitu…

“Hebat pak azad dryer rambut panjang. Macam orang keje kat salon”, “Aku nk tekan emoji “gelak” kt video ni asl ig xde pilihan slain “love” eh daddynya klaka sungguh”.

“Wahh ni bukan suami mithali. bapa mithali jugak ni. susah betul nk dpt bapak2 yg rajin camni. Salute”, “Hehe comei pak azad tolong blow rambut anak dia”. Itu antara komen netizen.

Terdahulu dalam video itu juga kedengaran suara ketawa isteri Pak Azad, Eira Syazira yang pastinya dia sendiri merakam video dua beranak itu dari suatu sudut yang pada mulanya tidak disedari mereka.

Melihat faktor luaran Pak Azad, mesti geli hati Eira tengok gelagat suaminya itu yang asyik membega rambut Ameisya di hari jadinya. Gamaknya ‘special service’ untuk birthday girl kot.

Apa pun daripada gayanya, Pak Azad nampak dah biasa buat ‘kerja-kerja’ macam tu… Apapun tahniah Pak Azad bukan saja berjaya luluhkan hati isteri, netizen pun sama ramai yang terharu sikap kebapaannya.

Pada ruangan kapsyen, Eira juga memberikan ucapan selamat hari jadi dan doa buat anak mereka itu. Rakan artis dan netizen turut menyampaikan ucapan sama. Untunglah Ameisya dilimpahi kasih sayang ya…

Azad mendirikan rumah tangga dengan Eira pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose, dan Areisya Suri Rose. Wah… perempuan semuanya…

Sumber : IG Azad Jazmin & Eira Syazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!