“Allahuakbar, harap tak apa2 Abe Joe. Berdebar kami tengok” – Netizen

Setiap insan yang lahir ke dunia ini pasti akan mengakui bahawa cinta pertama yang mereka miliki pastilah ibu bapa mereka sendiri. Dilahir dan dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh sejak kecil pasti membuat setiap anak itu rapat dan manja terhadap orang tua mereka terutamanya ibu. Insan hebat inilah yang telah banyak bersusah-payah melahirkan dan mengandungkan selama 9 bulan lamanya.

Aktres Wan Hafizol bin Wan Omar atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar ini memang sudah terkenal sejak dia mula memulakan langkah pertama dalam bidang permodelan selepas tamat pengajian.

Memegang ‘title’ berat sebagai bapa tunggal pada umur 36 tahun ini selepas pencraiannya bersama Mawar Karim pada tahun 2019 yang lalu pastinya bukan perkara yang mudah.

Fizo Omar kini dilihat lebih fokus menjaga puteri tunggalnya itu yang bernama Wan Maryam dan baru berusia 3 tahun bersama-sama ibunya.

Keakraban hubungannya bersama ibu tersayang itu memang tidak dapat dinafikan lagi apabila Fizo juga terlihat sering berkongsi gambar dan video bersama-sama ibunya iaitu Hasnah Jidin di laman sosial.

Video terbaru yang dimuatnaik oleh Fizo Omar bersama ibunya ke laman Instagram baru-baru ini telah mengejutkan para peminat serta netizen yang berasa kasihan juga lucu dengan gelagat mereka berdua.

Dalam video tersebut, kelihatan ibu kepada Fizo itu berasa sangat takut bermain buaian apabila Fizo mula menghayunkan buaian tersebut dengan agak laju. Kejadian pada akhir video telah mengejutkan ramai orang apabila ibu Fizo telah terjatuh dari buaian itu.

Ada yang kasihan, lucu malah berasa cemburu dengan hubungan rapat yang dimiliki dua beranak ini. Netizen mengucapkan Fizo sebagai seorang yang beruntung kerana masih mempunyai ibu sebagai tempat bermanja dan bergurau-senda.

Bukan sahaja netizen, Dato’ Aliff Syukri dan Datin Seri Umie Aida juga turut mngalkan komen pada video tersebut dengan mengatakan bahawa Fizo sangat manja dengan ibunya.

Walaupun perkahwinan yang dibina telah gagal separuh jalan, tetapi Fizo sangat beruntung kerana masih memiliki sosok ibu yang dapat dijadikan tempat bersandar dari segala masalah hidup.

Memang terhibur melihat telatah Fizo menyakat ibunya itu sehingga terjatuh dari buaian. Tetapi ibu masih tenang dan tidak marah walaupun diperlakukan sebegitu oleh Fizo.

Sumber: Instagram Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!