“Woww pre wedding ke ni”- Netizen

Selebriti dan pelawak, Shuib sentiasa mendapat perhatian daripada ramai netizen dan peminat-peminatnya. Ada sahaja video beliau yang dimuatnaik di laman sosial media mencuri perhatian dan sentiasa menghiburkan netizen. Ramai mengenali Shuib yang dahulunya peserta bagi program Maharaja Lawak dan kini sudah berjaya menjadi usahawan terkenal di Malaysia.

Kisah kejayaan Shuib sebagai seorang usahawan menjadikan beliau sebagai salah satu inspirasi buat semua.

Walaupun Shuib telah diduga dengan kehilangan isteri tercinta iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin namun beliau cukup kuat demi anak-anak. Banyak yang telah dilalui beliau selepas kehilangan arw4h Siti Sarah.

Dan kini Shuib semakin kuat serta bangkit menjaga anak-anaknya. Ada kala sebahagian netizen teruja melihat Shuib untuk memiliki pasangan hidup memandangkan anak-anaknya masih kecil.

Apa sahaja video atau gambar Shuib bersama selebriti wanita, mula lah netizen ingin perkenankan mereka. Amboi…. Walau apa-pun, kena hormat tuan badan juga kan..

Sementara itu, baru-baru ini sebuah video Shuib bersama pelakon Wan Sharmila telah membuatkan ramai netizen suka melihat mereka. Mana tidaknya, nampak romantik betul Shuib dengan Wan Sharmila.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menunjukkan reaksi teruja dengan keakraban Shuib dan Wan Sharmila. Sampai buat video trending tiktok sama-sama tau..

Nampaknya netizen sendiri dah approved kalau Shuib dengan Wan Sharmila jika ada sebarang hubungan. Hehe..

Video dimuatnaik Wan Sharmila di Instagramnya itu juga telah menerima tontonan yang tinggi sehingga cecah 225,000 tontonan.

Sukanya tengok Shuib dengan Wan Sharmila. Nampak serasi dan mesra mereka berdua ini..

Sumber: Instagram lala.wansharmila

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!