“Ingat sedap dah suara, sekali tak pakai earphone hauk rupanya”- Netizen

Setiap orang sudah pasti memiliki bakat semulajadi yang tersendiri. Ada yang pandai menyanyi, pandai memasak dan sebagainya. Lebih-lebih bila seseorang memiliki bakat menyanyi dan suara yang sedap, memang untung sangat. Menyanyi pun mampu membuatkan seseorang popular di laman sosial media sehinggakan boleh menjadi barisan penyanyi tempatan contohnya Khai Bahar, Wany Hasrita dan ramai lagi.

Namun ada juga sebahagian daripada kita ni suka menyanyi tetapi suara tidak terlalu merdu. Anda yang mana satu, pandai menyanyi dan suara merdu atau suka menyanyi tetap suara kurang merdu? hehe..

Seperti video yang dimuatnaik selebriti Faezah Elai, jenaka yang disampaikan menerusi video tersebut cukup menghiburkan netizen.

Menerusi kapsyen yang ditulis beliau, Faezah sememangnya bercita-cita ingin menjadi seorang penyanyi namun apakan daya, cita-citanya dihalang keluarga seperti yang beliau beritahu.

Faezah terkenal dengan lakonannya yang hebat namun jarang sekali kita mendengar beliau menyanyi.

Apabila beliau berkongsi sebahagian rekod nyanyiannya menerusi posting videonya itu, terkedu Faezah dibuatnya hehe..

Faezah Elai pun sering memuatnaik video lucu di Instagram. Ada sahaja videonya yang mencuit hati.

Rata-rata netizen memberikan pelbagai respon menerusi ruangan komen dan ramai terhibur dengan gelagat Faezah. Posting videonya juga telah mencecah 64,000 tontonan sejak dimuatnaik Rabu.

“Gelak habis tengok faezah ni, hahaha ye betul bila rekod rasa mcm dh sedap dah, haih lawanya dia nii maintain je dr dulu smpai skrg”- Netizen

Lawak betul Faezah Elai ni. Tetap cantik berseri ye walaupun dah ada anak. Bila lah dapat tengok Faezah berlakon lagi…

Sumber: Instagram Faezahelai

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!