“Tak malu ke kawan sebelah bertudung, awk pulak buka tudung”- Netizen

Kewajipan menutup aurat adalah dituntut dalam agama Islam. Alangkah manisnya tatkala melihat ramai wanita Mslimah bertudung. Bukan sekadar cantik dan mengikut syariat, tetapi menutup aurat daripada diperlihatkan oleh orang yang bukan muhrim. Secara umumnya, kita sudah ketahui bertudung bermaksud menutupi aurat bahagian kepala dan sekitarnya. Namun, perkara lain juga haruslah dijaga seperti bertutur kata dengan baik dan menjaga adab di antara satu sama lain.

Seeprti contoh, baru-baru ini pelakon Emma Maembong telah ditegur oleh salah seorang netizen berikutan Emma yang sudah lagi tidak bertudung. Individu tersebut menegur dengan cara yang tidak betul sehingga menerima respon daripada Emma sendiri.

Emma menegur individu tersebut dengan memberitahu supaya tegur secara baik dan bukan dengan cara tegur yang kasar sehingga membuatkan seseorang terasa hati.

https://www.instagram.com/p/CTdzN_jBHDP/?utm_medium=copy_link

Teguran yang diterima Emma itu menerusi posting video yang telah dimuatnaik oleh Emma di laman Instagram miliknya.

Posting video Emma bersama sepupunya, pelakon Aprena Manrose yang kini sudah bertudung itu mencetuskan teguran daripada individu berkenaan yang mengaitkan Aprena yang sudah bertudung dan Emma yang tidak bertudung.

Dalam pada itu, posting video Emma telah menerima sehingga 114,000 tontonan dan komen-komen daripada netizen.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan rindu untuk melihat Emma kembali bertudung seperti dahulu.

Kita doakan yang terbaik buat Emma, semoga diberi hidayah oleh Allah SWT. Janganlah kita tegur secara kasar, tak baik…

Sumber: Instagram emmamaembongofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!