“Wow ni baru rare, bks isteri keluar sekali dgn bks suami dan isterinya”- Netizen

Bila sebut tentang kisah keluarga atau rumah tangga, macam-macam kisah yang kita dengar di laman sosial media. Realitinya setiap orang ada kisah mereka yang tersendiri. Tidak terkecuali, golongan selebriti pun ada pelbagai kisah keluarga atau rumah tangga yang menjadi bualan netizen. Namun di sebalik kisah duka, ada kisah keluarga yang boleh menjadi tauladan buat kita semua.

Contohnya keluarga Norman Hakim bersama isterinya Memey Suhaiza dan bekas isterinya juga iaitu Abby Abadi. Mereka mempunyai hubungan kekeluargaan yang cukup rapat dan masing-masing gembira di antara satu sama lain.

Tiada istilah masam muka atau tidak saling menegur dalam hubungan kekeluargaan mereka. Inilah salah satu keluarga yang boleh dijadikan contoh buat kita semua. Tiada dend4m dan mengenepikan eggo masing-masing demi anak anak mereka.

Seperti yang ramai ketahui, Norman Hakim dan Abby Abadi telah berpisah dan mereka dikurniakan cahaya mata hasil hubungan perkahwinan mereka terdahulu.

Namun kisah lama bukanlah penghalang buat mereka untuk menjadi sahabat baik. Demi anak-anak, mereka sanggup berbaik dan melupakan hal-hal yang lama.

https://www.instagram.com/p/CgLngmol3ua/?

Baru-baru ini, Norman bersama Memey dan Abby keluar makan bersama-sama. Melihat hubungan mesra mereka, memang sejuk hati kita tengok. Bak kata netizen, memang rare tengok hubungan keluarga mereka..

Namun ia adalah contoh yg baik buat kita semua kan. Bukan mudah untuk mempunyai hubungan baik dengan bekas suami mahupun bekas isteri.

Video dikongsi Norman di Instagram telah menerima 94,000 tontonan dan 3,000 tanda suka. Rata-rata netizen meluahkan perasaan suka melihat keluarga bahagia ini.

“Baguslah korang happy go lucky je, terbaik semoga bahagia sampai ke syurga, suka betul tengok keluarga ni”-Netizen

Alhamdulillah semoga bahagia selalu buat keluarga Norman. Sukanya tengok diorang lepak keluar makan sama-sama, Norman pun suka menyakat je kerjanya hehe..

Sumber: Instagram normanhakim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!