“Sebijik nenek dia Sheila Rusly, comel” – Netizen

Sememangnya kelahiran cucu adalah suatu anugerah terindah dalam sesuatu keluarga, lebih-lebih kehadiran cucu sulung. Dia punya excited tu lain macam, berseri-seri muka menunggu kelahiran cucu tercinta. Bila dah lahir, rasa nak sentiasa ada bersama mereka, nak dukung cucu ke sana ke sini. Kalau boleh taknak bagi mereka membesar pun, nanti dah besar tak boleh lah nak dukung.

Begitu juga apa yang dirasa oleh ibu bapa mereka, sentiasa nak belai dan dukung anak kesayangan mereka tu. Beri perhatian kepada mereka, dan juga membesarkan mereka supaya menjadi insan berguna.

Sheila Rusly yang baru saja menimang cucu kesayangan pertamanya, yang bernama Bunga El- Haq. Sheila sangatlah teruja dengan kehadiran cucu nya itu. Setiap masa dukung ke hulur ke hilir baby Bunga tu.

Baru-baru ini, melalui Instagram milik si kecil itu, ada dimuat naik video comel Bunga yang sedang tersengih-sengih. Kalau korang tengok video tu, terus cair je hati ni, mana taknya, comel sangat bila Bunga senyum. Manis senyumannya seperti namanya juga.

Apa yang menarik perhatian setelah ramai yang menyedari rupa wajah Bunga sebijik seperti nana nya, Sheila Rusly. Dengan mukanya yang putih dan comel tu, adalah gaya iras seperti nana nya. Beruntung Bunga dapat nana yang penyanyang.

Bukan saja Bunga yang beruntung, mummy nya juga beruntung kerana mempunyai ibu mertua yang penyayang dan mengambil berat tentang nya. Sememanganya Sheila Rusly adalah ibu yang baik dan prihatin.

Antara komen netizen “Muka nana dia mata ripit2 comey lagu anak cina”, “Comelnya kamu nak, betapa beruntung nya kamu mempunyai family yang penyanyang”, “Kening Bunga mesti lawa nanti nmpk bentuk” dan sebagainya.

Tapi, kata orang, muka baby ni selau berubah-rubah. Boleh jadi waktu sekarang kelihatan seperti nana nya, kelak besara seperti mummy dan daddy nya. Kerana mummy yang melahirkannya. Betul tak ?

Tapi, tak dinafikan, kecomelan Bunga selalu membuat kan kita tersenyum. Sejuk je mata memandang. Rasa nak pel0k. Semoga Bunga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah kepada mummy dan daddynya.

Sumber : Ig Bungaelhaq

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!