“Wow macam aquaman lah”- Netizen

Bersukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil mengeluarkan peluh. Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Bersukan juga merupakan langkah awal seperti kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal peny4kit-peny4kit kr0nik.

Buat selebriti Alif Satar, bersukan adalah hobi beliau ketika di masa lapang. Melihat rutin kehidupannya di laman sosial media, beliau sentiasa aktif dalam pelbagai bidang sukan antaranya berbasikal dan berenang.

Memiliki tubuh yang sihat adalah keutamaan bagi Alif. Sebab itu kita sentiasa melihat beliau sentiasa sihat dan cergas.

Di sebalik kesibukannya dengan berlakon dan sebagainya, Alif pasti akan luangkan masa untuk aktiviti bersukan bagi meningkatkan stamina tubuhnya.

Malah baru-baru ini, beliau berkongsi video yang menunjukkan dirinya sedang berenang dan sempat menunjukkan postur badan yang betul ketika berenang di dalam air.

Alif juga sempat mengingatkan kepada pengikutnya di Instagram supaya berenang di dalam kolam dan bukan sekadar berendam sahaja jika mahukan stamina yang kuat.

Video Aliff telah menerima 250,000 tontonan dan mencuri perhatian ramai netizen. Rata-rata netizen teruja melihat Alif aktif berenang. Namun ada juga sebahagian netizen ’emo’ di ruangan komen dengan watak Adam yang dipegang beliau menerusi drama Risik Pada Hati.

Aliff antara pelakon utama dalam drama Risik Pada Hati dan lakonannya jarang mengecewakan. Sampaikan netizen sendiri terbawa-bawa emosi ketika menonton watak yang dipegang Alif, betul-betul menjadi Alif berlakon hehe..

Bagusnya Alif ini, selain pandai berlakon beliau juga pandai melakukan pelbagai aktiviti bersukan. Boleh lah jadi coach untuk sukan nanti kan…

Korang pandai berenang tak? Kalau pandai, wajib tahu teknik yang Aliff tunjuk tu.. Confirm kuat stamina.

Sumber: Instagram alifsatar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!