“Syg sgt, dh cipta mahligai utk family tp Shuk..” – Netizen

Kontr0versi kisah rumah tangga selebriti Shuk Sahar sehingga kini masih menjadi bualan hangat netizen di laman sosial media. Status rumah tangga Shuk dan isterinya, Rossa Sera masih menjadi tanda tanya dan mereka juga dikatakan tidak duduk sebumbung lagi. Pasangan ini juga dikatakan dalam proses pencer4ian namun tiada masih sebarang kenyataan yang sikeluarkan daripada kedua-dua pihak.

Seperti yang ramai ketahui, Shuk dan Rossa Sera dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Mereka sekeluarga cukup bahagia sebelum ini namun gara-gara orang ketiga, hubungan mereka menjadi berantakan.

Sudah jaatuh malah ditimpa tangga pula, rumah milik Shuk terpaksa dijual dan ada sebahagian netizen membuat andaian bahawa rumah Shuk itu dijual oleh kerana pendapatan Shuk yang sudah terjejas.

Shuk juga dikatakan kurang menerima tawaran daripada pihak televisyen. Satu demi satu dugaan yang dilalui Shuk namun tetap tabah dan sabar beliau melaluinya.

Terbaru daripada Shuk, beliau berkongsi satu video di laman Instagramnya. Video berkenaan menunjukkan perabot-perabot di dalam rumahnya sedang dikeluarkan.

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Shuk berbunyi, “InsyaAllah ada yang lebih baik bye2 Ferrea”. Sememangnya rumah kita adalah satu-satunya tempat yang mempunyai kenangan indah bersama keluarga.

Sementara itu, video Shuk telah menerima 81,000 tanda suka dan komen daripada netizen.

Rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi selepas melihat video dikongsi Shuk itu. Ada sebahagian netizen memberi kata-kata semangat namun ada juga yang masih mengecam Shuk.

Melihat pada perkembangan Shuk yang terkini, beliau sibuk menguruskan perniagaannya dan jarang memuatnaik posting berkaitan rutin hariannya.

Semoga yang baik buat Shuk Sahar. InsyaAllah ada rezeki lagi buat Shuk. Walau apa pun kontroversi yang Shuk alami, kita doa yang baik-baik sahaja untuk beliau.

Sumber: instagram Shuksahar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!