“Mommy jer0ng merah pun ada” – Netizen

Gimik perniagaan Sofia Marieylla menjadi tular dalam negara tahun lalu apabila slogan yang digunakan beliau menjadi sebutan ramai yang tertarik dengan slogan berkenaan. Sofia atau lebih dikenali sebagai Mummy Jer0ng Merah ini bersama rakan – rakan perniagaan beliau membuat slogan yang berbunyi “Beri Laluan, Beri Laluan, Jer0ng Merah nak lalu ni boss” gerak gaya dan juga cara beliau membuat gimik untuk mempromosikan perniagaan beliau itu begitu menarik perhatian orang ramai.

Nama beliau juga hangat diperkatakan oleh netizen ketika itu. Pelbagai reaksi diberikan terhadap gimik tersebut. Ada sesetengah Netizen yang mengkritik tindakan Sofia kerana membuat slogan tersebut namun tidak kurang juga yang memuji kerana mampu mencipta slogan serta gimik perniagaan yang lain daripada yang lain sehingga berjaya menarik perhatian orang ramai terhadap perniagaan yang di usahakan oleh beliau.

Walaupun aktif berniaga namun Sofia menyimpan hasrat untuk bergelar artis. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu. Begitulah pepatah yang sesuai  untuk menggambarkan situasi yang di lalui oleh Sofia atau nama sebenar beliau iaitu Wan Siti Mariam Wan Mahyudin.

Impian beliau itu menjadi kenyataan setelah mendapat tawaran daripada pihak syarikat Rocketfuel yang berkenan untuk menyuntik beliau menjadi artis rakaman mereka. Sofia juga kini mempunyai lagu single berjudul “Akulah Jer0ng Merah”

Sudah lumrah bergelar artis, apa jua tindak tanduk akan menjadi perhatian masyarakat kita. Iyalah, kalau sudah namanya bergelar selebriti tanah air, apa jua yang di kongsikan di media sosial pasti akan menarik perhatian para netizen untuk memberikan reaksi mereka terhadap perkongsian berkenaan.

Terkini menerusi Instagram astro gempak telah dikongsikan barisan peserta yang bakal bertanding di program big stage Musim ke empat. Salah seorang yang turut bertanding di dalam program berkenaan ialah Sofia Marieylla.

Penyertaan beliau di dalam program tersebut mendapat perhatian para peminat. Di dalam program Big Stage kali ini, penyanyi dan composer terkenal iaitu Ajai dan Datuk Seri Siti Nurhaliza di lantik menjadi juri tetap di dalam pertandingan berkenaan.

Menerusi Instagram peribadi Sofia, beliau juga meluahkan rasa terharu dan bersyukur di atas peluang yang diberikan buat beliau sebagai peserta program Big Stage dalam musim ke empat kali ini.

Menurut penyanyi tersebut jika sebelum ini beliau hanya berangan- angan untuk membuat persembahan di atas pentas namun kali ini situasi berbeza apabila beliau muncul sebagai peserta program tersebut pula.

Namun begitu, warganet meluahkan pelbagai reaksi terhadap barisan peserta yang bakal bertanding di dalam program tersebut bagi musim kali ini. Sesetengah daripada peserta hanya mempunyai satu lagu single seperti Sofia namun mendapat peluang untuk bertanding di program tersebut.

Netizen juga turut merasakan terdapat penyanyi lain yang lebih sesuai untuk bertanding namun masih belum di berikan peluang untuk di ketengahkan menerusi program berkenaan.

Rata- rata Netizen berkata mereka tidak mengenali para peserta yang bertanding di dalam program tersebut. Hanya segelintir peserta yang betul – betul  di kenali seperti penyanyi Indonesia Tegar. Berikut dikongsikan pendapat netizen terhadap program tersebut.

“Daniel chuer tue idola kecil dulu…sorng nie jer lar yg kenal..nama xknal tp kalo dgr lagu tahu lar kot…tegar dh bese” – Netizen

““Takkenal semua” dah nama bbnu sah2 lah banyak kan orang baru Takkan nak masuk kan siti nordiana/zainal abidin kot. Lolz” – Netizen

Sebagai rekod, program big stage adalah satu program yang mengetengahkan penyanyi yang sebelum ini lebih dikenali di media sosial agar berpeluang untuk membuat persembahan di khalayak ramai dan menonjolkan bakat mereka kepada lebih ramai lagi penonton selain daripada para pengikut mereka yang sedia ada di platform media sosial.

Sumber: ig astro gempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!