“Pagi bethol dia layan Black Pink, helpp” – Nad Zainal

Anak adalah satu anugerah yang diberikan oleh Illahi untuk kita didik dan pelihara mereka dengan sebaiknya. Tanpa kita sedar, merekalah saham akh1rat kita satu masa nanti. Mereka jugalah penghibur hati dikala kita sedih. Namun akan ada masa kita akan penat dalam menjaga mereka. Tetapi sebagai ibu bapa kita seharusnya jangan berputus asa lagi dan didik sebaik mungkin.

Pelakon wanita tempatan Nad Zainal adalah seorang pelakon yang berkaliber. Beliau sangat bagus dalam menjayakan sesuatu watak membuatkan beliau dikenali seluruh negara.

Pada tahun 2015, beliau telah sah menjadi seorang isteri kepada pasangannya, Muhammad Faliq Amirudin.

Tidak lama selepas itu, pada tahun 2016 beliau telah melahirkan anak sulung beliau iaitu Fahad Ibrahim. Selepas itu pada tahun 2021, beliau telah selamat melahirkan anak keduanya iaitu seorang perempuan yang diberi nama Budi Kalsom.

Sebagai seorang ibu yang berkerjaya, beliau juga pasti akan sibuk menguruskan hal-hal anak-anaknya. Walaupun berkerja, Nad masih meluangkan masa kualiti beliau bersama anak-anaknya.

Dan dengan masa yang berkualiti itulah Nad Zainal dapat melihat kerenah dan gelagat anak-anaknya di rumah. Baru-baru ini Nad berkongsi sebuah video dimana Budi Kalsom seperti seronok melayan lagu kumpulan dari Korea iaitu BlackPink.

Di dalam ruangan kapsyen pula, Nad Zainal sempat berkata “pagi betul dia(Budi) layan BlackPink”.

Netizen juga turut terhibur melihat gelagat Budi Kalsom yang gelek apabila mendengar lagu korea tersebut. Ramai netizen yang memuji kecomelan Budi Kalsom dan g3ram melihat ketembaman bayi itu.

Gelagat dan kerenah comel anak-anak kita inilah yang akan membuatkan kita akan merindui memori manis satu ketika nanti. Namun, walaupun anak itu semakin membesar, buatlah sebanyak mungkin memori manis bersama mereka supaya mereka juga merindui kita seperti kita merindui mereka.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!