“Tokti buat lirik sendiri pun sedap”- Netizen

Siapa saja tak mengenali penyanyi tanah air bertaraf antarabangsa iaitu Dato Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti. Sebut saja nama beliau, hampir satu dunia sudah mengenali beliau. Mana taknya, nyanyi lagu apa pun, memang lunak dan merdu didengar. Bangga kita sebagai peminatnya kerana beliau berkelas antarabangsa sebegitu.

Semua lagu yang dikeluar kan oleh beliau, semuanya disukai ramai, lebih-lebih lagi lagu genre tradisional. Pun begitu, peminat-peminatnya bukan saja di kalangan orang dewasa, malah semua peringkat umur sangat mengagumi beliau.

Bukan saja single milik beliau, tetapi, netizen juga sangat menyukai dan mengagumi lagu-lagu yang dinyanyikan semula atau cover dari Tokti ni, google saja lagu cover beliau, pasti semua teruja mendengarnya. Hampir sama merdunya seperti penyanyi asal.

Sejak kebelakangan ini, lagu berjudul Casablanca sangat tular bukan saja dalam negara, malah juga luar negara. Mana taknya, lagunya  catchy dan enak didengar. Pergi saja mana-mana, pasti akan dipasangkan  lagu ini.

Lagu tersebut sudah ramai dicover oleh rakan artis lain seperti Ernie yang menyanyikan nya pada rancangan Sepahtu Reunion. Haaa, kali ni Tokti pula yang cover lagu tersebut, tapi bukan pada mana-mana rancangan realiti, malah di rumahnya sahaja.

Tokti yang menyanyikan lagu tersebut sambil meriba puteri kesayangan nya iaitu Aafiyah. Sangat bersahaja tetapi sangat merdu didengar. Sudah sedia maklum dengan kemerduan suara nya itu. Walaupun liriknya sedikit bertukar, tapi tetap merdu dan sempurna.

Antara komen netizen ialah “Sedapnya lahaii Tokti nyanyi”, “Tokti buat lirik sendiri pun sedap”, “Aduh2 .. naik bulu romaku”, dan sebagainya. Haa nyanyi salah lirik pun tetap sedap dan dipuji ye. Hebat betul Tokti ni

Sebut saja lagu apa nak hendak suruh Tokti cover, confirm tidak mengecewakan, tak payah pakai mic atau alatan instrumen pun, pasti merdu.

Ada juga yang turut komen jika Aafiyah tahu ibunya tu penyanyi berkelas antarabangsa, mana tahu bakat ibunya bakal diwarisi oleh si kecil comel tu. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Aafiyah pun sudah berkecimpun dalam bidang muzik sejak dia sudahpun mula belajar main piano. Haaa tudia, nampaknya seperti bakal mewarisi ibunya dalam bidang nyanyian dan muzik pula ya. Dahla muka copy paste je dua beranak ni. Bak kata netizen, Aafiyah ini adalah Tokti ketika di zaman muda nya.

Sumber : Ig Aafiyahkhalid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!