“Wow ada lift la rumah dia bestnya” – Netizen

Siapa saja yang tak gembira jika dapat membeli aset-aset penting dengan duit dari hasil titik peluh sendiri. Sesiapa saja pasti bangga dan gembira dengan pencapaian diri tidak kira jika ia merupakan suatu pencapaian kecil mahupun besar. Namun tak semua orang mempunyai nasib yang baik dan beruntung untuk memiliki rumah sendiri ketika waktu umur masih muda.

Bangga dengan kejayaan diri, Janna Nick yang kini baru menginjak umur 27 tahun sudah pun berjaya memiliki dua buah rumah banglo miliknya sendiri. Benarlah apa yang sering diperkatakan bahawa usaha tidak akan pernah mengkhianati hasil, usaha kerasnya bekerja dalam bidang hiburan siang dan malam kini telah membuahkan hasil yang cukup lumayan.

Janna Nick yang berkacukan d4rah dari Thai, Pakist4n dan Cina ini sememangnya terkenal dengan kecantikannya yang tersendiri. Walau sering menerima tomahan dan kecaman negatif dari netizen, dia tidak pernah p4tah semangat mahupun menghiraukan segala kata-kata yang dilontarkan kepadanya.

Pada tahun 2017 yang lalu juga Janna pernah berkongsi pengalaman memiliki rumah pertamanya yang berharga semahal RM1 juta. Kini di tahun 2022, rezekinya semakin murah apabila berjaya memiliki sebuah lagi rumah teres dua tingkat siap dilengkapi dengan lif peribadi.

Rasa syukur telah diluahkan oleh Janna Nick sendiri dengan penghasilannya sehingga mampu membeli sebuah lagi rumah. Namun, lucunya kapsyen Janna Nick pada video tersebut mengatakan bahawa dia telah berjaya menambah hutang baru itu turut menghibur dan menjadi perhatian ramai.

Kejayaannya setelah merangkul anugerah dalam Anugerah Industri Muzik baru-baru ini masih belum habis diperkatakan dek kerana rezeki lagu Gatal. Kini kejayaannya yang berjaya mengumpul aset dalam waktu mudanya pula akan menjadi bahan bualan ramai.

Rakan artis dan peminat rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Janna dengan pencapaian hebat yang dimilikinya pada tahun ini. Mereka turut merasa bangga dan meminta tips untuk menjadi berjaya sama seperti dirinya.

Tahniah diucapkan buat si cantik Janna Nick. Tak sia-sia pengorbanan Janna bekerja siang malam kan. Harini nampak lagi hasilnya bila dapat beli rumah sebesar dan semahal itu.

Sumber: Instagram Janna Nick

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!