“Wooo terharu, ada lagi simpan barang lama”- Dato AC Mizal

Semua individu termasuklah diri kita sendiri sememangnya sukakan muzik. Muzik antara hiburan buat kita di setiap waktu. Maka tidak hairanlah jika sebahagian daripada kita yang sangat fanatik dengan penyanyi kesukaan kita sendiri. Jangan terkejut tau, barang peribadi milik penyanyi pun ada je peminat yang telah kumpul untuk perhiasan. Ada juga peminat fanatik yang kumpul kaset, CD dan sebagainya.

Jika diceritakan tentang zaman dahulu, ramai penyanyi memiliki kaset atau CD yang mengandungi senarai lagu mereka sendiri. Wah memang legend ya kalau diingatkan semula zaman dahulu punya playlist lagu.

Tidak terkecuali, penyanyi lelaki berkumpulan iaitu 4U2C yang terdiri daripada penyanyi AC Mizal pernah popular pada zaman kegemilangan mereka dahulu.

Kalau korang antara peminat 4U2C, pasti pernah mendengar lagu-lagu nyanyian kumpulan tersebut. Memang menggamit memori lama betul hehe..

Siapa sangka, masih ada lagi peminat setia kumpulan tersebut yang menyimpan beberapa kaset nyanyian lagu 4U2C.

Ac Mizal sempat merakam peminatnya yang datang dekat padanya untuk meminta tandatangan si atas kaset tersebut. Terharu dan sebak seperti yang AC Mizal katakan menerusi kapsyen beliau di posting Instagram.

Jika anda pernah mendengar lagu popular Fiona, pasti sudah tahu siapa penyanyi kepada lagi berkenaan.

Sementara itu, video dikongsi AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida telah mencuri perhatian sehingga meraih 27,200 tontonan dan menerima komen daripada golongan netizen.

Rata-rata netizen juga memberitahu, mereka turut mempunyai kaset lama nyanyian kumpulan 4U2C memandangkan mereka antara peminat kumpulan tersebut.

Memang legend betul kaset lama 4U2C kan.. Boleh buat kenangan barang-barang antik hehe..

Sumber: Instagram datoacmizal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!