“Mentang2 jumpa bidadari, lekas nauu abg berubah hati ye” – Netizen

Setiap pasangan sudah pasti mempunyai kisah cinta mereka masing-masing. Tipulah kalau tiada, pasti sekurang-kurangnya ada bibit-bibit perkenalan sebelum bercinta. Kan? Semestinya awal perkenalan dalam perhubungan telah memberi kita perasaan teruja untuk kenal seseorang dengan lebih dekat lagi. Tidak terkecuali, pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz pun pasti pernah berkenalan sehinggalah mereka sudah mendirikan rumah tangga.

Melihat pasangan romantik ini, dahulunya ramai berteka-teki dengan hubungan cinta mereka. Akhirnya mereka melayari alam rumah tangga bersama cahaya mata sulung, Muhammad Bilal dan cukup bahagia sehingga kini.

Jika kita lihat sendiri posting video PU Riz dan Neelofa, kebanyakan video mereka sangat melucukan dan serasi bersama. Siapa sangka, video lucu mereka membuatkan netizen terhibur melihat gelagat pasangan ini.

Memandangkan mereka menjalankan perniagaan bersama-sama, mereka sentiasa muncul dalam video yang bertujuan untuk mempromosikan produk berkenaan.

Malah baru-baru ini, video PU Riz di Instagram miliknya telah dimuatnaik dan menerima pelbagai respon daripada netizen.

Ramai netizen terhibur melihat video berkenaan gara-gara gandingan PU Riz dan Neelofa itu. Kononnya video tersebut menceritakan semula detik perkenalan PU Riz dan Neelofa namun ia hanyalah rekaan semata-mata demi sebuah konten video.

Selain itu, gelagat kanak-kanak perempuan dalam video tersebut juga telah mencuri perhatian ramai. PU Riz pun pandai melawak ye..

Video yang dikongsi PU Riz telah meraih tontonan sebanyak 97,000 tontonan sejak dimuatnaik Rabu.

Ramai netizen akui, PU Riz memiliki karakter yang melucukan dan sesuai berganding dengan Neelofa.

Sukanya tengok PU Riz dengan Neelofa ni, ada je video diorang yg best. Nampak Neelofa pun macam sporting je layan gelagat suami dia hehe..

Sumber: Instagram hrisbismail

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!