“Aduh aduhh anak gadis cantiknya”- Netizen

Mas Idayu atau nama sebenar beliau Masidayu Mesnun merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau menerima jolokan Ratu Gelek 45 darjah oleh Dato’ Hattan. Selepas hampir 16 tahun menggalas status sebagai ibu tunggal, Mas Idayu kembali memegang gelaran isteri apabila baru- baru ini beliau mengumumkan bakal bernikah dengan pilihan hatinya Sufian Isa pada 16 September depan.

Sebelum ini Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada tahun 1997 dan berc3rai sembilan tahun selepas itu. Hasil perkongsian hidup berdua, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Bercerita lanjut mengenai pilihan hatinya, Sufian Isa merupakan seorang penerbit program televisyen di sebuah stesen swasta. Pasangan ini bertemu menerusi program Lagu Cinta Kita.

Tambah pelantun lagu Robek Hatiku itu, jika tiada aral melintang, selepas bernikah nanti, dia dan suami akan mengambil cuti selama dua minggu untuk berehat dan berbulan madu.

Mas Idayu juga berharap perkahwinan kedua ini akan membawa kebahagiaan berbanding perkahwinan sebelumnya.

Menerusi satu perkongsian terkini di Instagram Mummy Mas Idayu, beliau memuatnaik satu video yang memaparkan beliau sedang mengadakan sesi fotografi bagi hari pra perkahwinannya. Mummy Mas Idayu memakai baju gaun serba putih manakala bakal suaminya pula menyarung sut berkot serba hitam.

Di dalam hantaran tersebut juga Mummy menulis ucapan penghargaan buat pihak- pihak yang telah sudi menaja bagi meraikan perkahwinan beliau kali ini. Tidak ketinggalan ucapan istimewa buat bakal suaminya.

Mengulas mengenai kos majlis kahwin yang mencecah RM7 juta berkata beliau tidak pernah menyangka banyak pihak yang sudi menaja perkahwinan kali keduanya ini.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen juga gembira dengan kebahagiaan yang sedang di kecapi oleh penyanyi berkenaan. Netizen juga turut sama mendoakan agar majlis perkahwinan mummy yang bakal di adakan pada minggu hadapan berjalan dengan lancar.

Menanti hari bahagia, Mummy kini sering di usik peminat dengan mengatakan kini mummy sudah happy apabila berkongsi video dan gambar perkahwinan beliau sementara menghitung hari- hari ke tarikh bahagianya.

Tentunya, perasaan penyanyi dangdut kesayangan ramai ini kini bercampur aduk memikirkan langkah baharu yang bakal diterokainya nanti.

Kata penyanyi lagu Cintaku 100 % itu, dia tidak pernah merasai debaran seperti yang dirasakannya kali ini. Apa- apa pun semoga urusan Mummy di permudahkan nanti ya.

Sumber: Instagram masidayu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!