“Ada semut dlm seluar ke” – Shuib Sepahtu

Setiap daripada kita mempunyai hobi tersendiri. Tidak ketinggalan golongan artis. Seperti rakan baiknya, Shuib Sepahtu, Sharnaaz Ahmad juga gemar bermain sukan golf. Dapat dilihat pelbagai gelagat pemain di padang tatkala mahu menghayunkan kayu golf, begitu juga dengan duda anak seorang ini. Mempunyai gaya tersendiri, ramai pula netizen yang ‘tertarik’ dengan memberikan komen tatkala melihat aksinya ketika menunjukkan skil dengan berkongsi di medsos nya.

Mana tidaknya, sebelum memukul bola golf, Sharnaaz tampak mengambil mood dengan cara tersendiri. Kakinya ke kelihatan digoyang-goyangkan sebelum betul-betul mendapat ‘titik’ masa untuk menghayun. Agak ternanti-nanti jugalah netizen yang teruja melihat.

Menariknya, Shuib juga antara rakan artis yang sempat melayangkan komen. “Ada semut dalam seluar ke Sharnaaz?”. Selain itu antara komen netizen: “Tarian shuffle apa tu sblm tee off?”, “Ingat buat boomerang tadi”, “Lama gelek tu bang”, “Padu driver dia”, “Ada lip4s dalam seluar, sampai lagu tu kaki bergerak…”, “Joget dah cantik, tapi macam masuk air je tu”.

Adeh… Lucu betul tulisan netizen yang mengusik. Betul punya henyak tu gamaknya. Ada yang kata 314m. Kalau boleh pergi jauh macam tu, memang padu jugalah penangan hayunan Sharnaaz yang juga kadang gemar membahasakan dirinya sebagai ‘Mamu’ ini.

Untuk info, sebelum ini pernah juga netizen melayangkan komen dek kaki Sharnaaz yang memang ‘menggeletis’ sebelum aim nak menghayun kayu golf. Memang begitu stailnya Sharnaaz rupanya…

Namun setakat mana kesudahan pvkulannya itu tak jua dinyatakan oleh Sharnaaz. Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan agar dirinya berentap bersama Shuib dan anaknya, Uwais yang pernah mendapat tempat pertama dalam pertandingan ‘Palm Resort Junior Open Golf Championship’ baru-baru ini.

Biarpun pada mulanya sekadar membeli peralatan sukan golf, sejak 2017, Sharnaaz telah mengikuti kelas permainan golf dan kini mampu bermain sukan yang dianggap mahal itu dengan lebih baik. Dia juga berhasrat menyertai pertandingan sukan itu.

Pernah bercinta dengan Shila Amzah sekitar 2011 hingga 2013 dan Anis Al-Idrus selama setahun, Sharnaaz kemudian mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila Mohd Noor pada 31 Mac 2017, namun kini telah berpisah. Dia dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang dilahirkan pada 30 Ogos 2018 iaitu pada hari lahir Sharnaaz yang ke-33.

Sharnaaz adalah anak kepada Datuk Basir Ahmad, seorang usahawan di Pulau Pinang. Basir yang merupakan kenalan rapat kepada keluarga Allahyarham Tan Sri P. Ramlee juga pernah menyertai beberapa kugiran ketika era pop yeh yeh 60-an.

Selepas menamatkan pengajian di Kolej Polytech MARA pada tahun 2008 dalam jurusan perakauan perniagaan, Sharnaaz mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan pada tahun 2009 menerusi watak pembantu drama bersiri Tari Tirana arahan pengarah Shahrulezad Mohammedin sebelum diberi watak lebih besar.

Sumber : IG Sharnaaz Ahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!