“Kali ni nak puji baju cantik, simple lagi cantik”- Netizen

Pelbagai sorotan menarik dapat di rakamkan ketika berlangsungnya majlis Anugerah Juara Lagu pada hari ahad minggu lepas. Di samping orang ramai meraikan para pemenang, busana yang di gayakan oleh para selebriti di majlis itu juga tidak kurang hebatnya. Antara yang sentiasa menjadi sebutan mengenakan busana yang unik dan lain daripada yang lain ialah penyanyi Aina Abdul.

Penyanyi berkenaan telah merangkul dua anugerah pada malam Anugerah Juara Lagu. Beliau memenangi lagu pilihan menerusi lagu Nafas Cinta berduet bersama Khai Bahar dan juga merupakan pemenang Vokal Terbaik.

Namun begitu, selain kemenangan beliau yang di raikan, busana yang di gayakan beliau pada malam itu juga sehingga kini menjadi sebutan ramai.

Masakan tidak, Aina membuat kejutan dan kelainan apabila beliau memilih untuk mengayakan busana berwarna putih dan ungu yang di penuhi bunga dan ranting ketika menyanyikan lagu duet Nafas Cinta bersama Khai Bahar.

Selain dikenali kerana bakat besar yang dimiliki oleh beliau, fesyen yang digayakan oleh beliau juga sering kali mendapat perhatian para netizen.

Aina juga sangat berani untuk bereksperimen dengan fesyen. Aina sanggup memakai pakaian yang unik dan bersedia menerima apa sahaja kritikan daripada netizen terhadap penampilan beliau.

Keberanian beliau itu menyebabkan ada segelintir netizen yang melabelnya sebagai kembar Didie Alias kerana penyanyi berkenaan seolah- oleh mengikuti jejak langkah pelakon senior Didie Alias yang gemar tampil dengan imej pelik dan unik apabila menghadiri sesuatu acara besar.

Mengimbau kembali beberapa fesyen tular yang dipakai oleh Aina, salah satunya adalah ketika menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34. Pakaian yang di pakai oleh Aina ketika itu adalah busana panjang berwarna hitam namun mempunyai keunikan di bahagian kepala yang dilihat persis sekuntum bunga.

Ramai yang tidak dapat menerima fesyen yang di pakai Aina ketika itu. Pelantun lagu Sepi itu telah tampil dengan fesyennya tersendiri yang dianggap sangat unik oleh warganet.

Malahan sehingga kini ianya menjadi bualan dan perdebatan di media sosial berkaitan fesyen yang sering di gayakan yang nampak pelik di mata netizen.

Sebagai seorang penyanyi, Aina juga sangat aktif di akaun media sosial. Segala aktiviti berkaitan kerjaya seni beliau akan di kemaskini menerusi Instagram peribadinya.  Akaun media sosial itu juga menjadi platform untuk beliau berkomunikasi dengan para peminat.

Bercerita lanjut mengenai aktiviti seni beliau, menerusi perkongsian terkini penyanyi berkenaan di Instagram, Aina berkongsi video beliau di jemput untuk mengadakan persembahan di satu majlis tertutup.

Namun begitu, pakaian yang di gayakan oleh beliau kali ini tidak sepertimana kebiasaan apabila beliau memilih untuk tampil ringkas dengan busana serba putih.

Terdahulu, Aina Abdul atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani merupakan penyanyi yang mula di kenali menerusi program nyanyian Mentor. Aina sebelum ini merupakan protégé kepada Ratu Rock Malaysia iaitu Ella.

Kini namanya semakin dikenali ramai dan semakin meningkat naik setelah berjaya melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu dua tahun lalu. Aina Abdul juga merupakan juara pertandingan Masked Singer musim pertama di Malaysia.

Menerusi video yang kongsikan itu, kejelitaan penyanyi berkenaan sangat terserlah. Rata- ratanya memuji kecantikan beliau dan melihat penyanyi wanita itu kelihatan ayu dan menarik mengenakan pakaian yang ringkas.

Tulis beberapa orang peminat beliau pula, baju di gayakan oleh Aina kali ini sangat cantik. Bak kata pepatah “Less Is More”. Berikut dikongsikan komen- komen warganet terhadap baju yang di pakai oleh Aina semasa persembahan kali ini pula.

Sebagai rekod, ketika mempersembahkan lagu berjudul Sepi di pentas Separuh Akhir Muzik- muzik, pakaian yang di pakai oleh Aina ketika itu juga turut mendapat perhatian netizen. Aina telah mengenakan busana warna putih panjang rekaan pereka fesyen Masyadi Mansoor.

Menurut pereka baju Aina itu pula, rekaan baju itu di inspirasi kan daripada katil selain ada netizen yang menyamakan rekaan baju di pakai Aina itu dengan gumpalan awan putih.

Jelas pereka baju Aina itu lagi, beliau mendapat tahu lagu Sepi terhasil sebelum Aina tidur dan ketika itu penyanyi tersebut sedang berada di atas katil.

Sumber: ig aina abdul

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!