“Wei rambut dgn misai giler lawak”- Netizen

Dalam industri perfileman, sudah semestinya para pelakon harus melakonkan watak yang telah diarah oleh pengarah. Ada yang melakonkna watak yang jauh tidak pernah terfikir oleh mereka, tiba-tiba kena bawka watak tersebut. Penampilan dan make up juga sudah semestinya harus menjiwai watak yang telah diberikan.

Beto Kusyairy antara pelakon utama di dalam Filem Anak Rimau yang bakal ditayangkan apada 1 September tidak lama lagi. Teaser sudah mula dimuat naik di lama Instagram milik Beto. Gempak juga teaser nya.

Berdasarkan teaser tersbut, jelas kelihatan adanya vibes semangat dan tidak put0s asa yang ditunjukkan oleh team anak didikan Beto, kalau korang tengok teaser tu, terus rasa auto semangat dan rasa macam tak sabar nak tengok filem tersebut.

Yang lebih menarik perhatian netizen setelah melihat watak yang dibawa oleh Beto selaku jurulatih pasukan nya. Yang paling buat netizen terhibur setelah meilhat style misai dan rambut palsu yang dipakainya. Sumpah kelakar sangat.

Dari semangat nak layan teaser, terus jadi nak gelak tengok Beto. Tapi, tak dinafikan bahawa watak yang dibawa olehnya memang terbaik. Dapat rasa aura jurulatih yang ingin disampaikan nya tu. Mantap lakonan semua nya.

Pun begitu, antara barisan pelakon yang lain juga boleh tahan hebat nya. Rata-rata dari pemain muda bole sepak. Rasa terharu melihat anak-anak muda sebegitu berkecimpung membawa watak pemain bola sepak, yang di mana memang pada asalnya mereka adalah pemain bole sepak.

Rata-rata netizen semua tak sabar nak tonton Filem Anak Rimau. Jelas kelihatan banyak scene yang akan merubah-rubah emosi penonton tak lama lagi. Dari kecewa, semangat, sedih, teruja dan banyak lagi. Tak sabar lah.

Mungkin filem kali ini mahu mengimbau kembali sejarah bola sepak tanah air, lebih lagi, ia bakal ditayangkan sehari selepas hari kemerdekaan. Mana tahu kan ? Kalau nak tahu filem tersebut tentang apa, bolehlah pakat tengok teaser di lama Instagram Beto.

Justeru, marilah kita sama-sama support filem tanah air, sekaligus bakat membangkitkan lagi semangat patriotik dalam jati diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kalau bukan kita, siapa lagi nak support kan.Ayuh, gegarkan panggung wayang pada 1 September ini.

Sumber : Ig Beto_kusyairy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!