“Wah nice really smooth nafas nabila nyanyi lagu ni”- Netizen

Tiada bakat menyanyi bukanlah penghalang buat kita untuk mengejar impian dan cita-cita. Setiap orang yang ingin menjadi seorang penyanyi pasti ingin mengekalkan suara yang merdu dan berusaha untuk memantapkan lagi nyanyian mereka. Ramai penyanyi Malaysia tidak kiralah yang baharu atau lama, mereka sentiasa menghadiri kelas vokal.

Begitu juga buat penyanyi Nabila Razali, beliau sentiasa memperbaiki nyanyiannya dari masa ke semasa. Sebelum ini, Nabila pernah mengalami masalah peti suara dan terpaksa menolak tawaran menyanyi.

Selepas Nabila sudah beransur pulih daripada masalah peti suara, beliau kini aktif semula menyanyi dan menghadiri kelas vokal bagi lebih memperbaiki mutu nyanyiannya.

Jika and masih ingat lagi, Nabila pernah dikecam netizen apabila pernah menyanyi sumbang secara live. Namun pengalaman mematangkan Nabila sehinggakan suaranya didengari lebih bagus sekarang.

Buktinya, baru-baru ini Nabila berkongsi video nyanyiannya secara akustik di Instagram. Kedengaran suara Nabila cukup merdu dan disukai ramai netizen. Siapa sangka, Nabila yang pernah dikecam dahulu gara-gara suara sumbang akhirnya sudah berjaya memiliki suara yang cukup merdu.

Nabila menyanyikan lagu Tak Ingin Usai untuk ‘cover challenge’ dan menerima respon yang positif daripada netizen. Ramai netizen memuji suara merdu Nabila dan pernafasan yang cukup bagus. Nampak ya memang dah semakin bagus nyanyian Nabila.

Video Nabila yang baru dikongsi di Instagram itu telah ditonton sehingga 263,000 tontonan dan 400 komen daripada rakan artis serta peminat Nabila.

Inilah buktinya Nabila bangkit dari cabaran sebelum ini. Bukan mudah nak jadi penyanyi, kena sentiasa mantapkan vokal. Syabas buat Nabila.

“Sedap suara nabila aku suka, wow bestnya auto menusuk di jiwa dengar bella nyanyi, sedapnyaaa suara”-Netizen

Alhamdulillah Nabila dah pulih dari masalah peti suara. Sebelum ini lama juga Nabila tak perform menyanyi, senyap juga dalam beberapa bulan. Sekarang Nabila dah buat come back, yeay.

Sumber: Instagram nabilarazali

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!