“Elok babah dia abis solat, dia babai haha”- Netizen

Sememangnya anak kecil ini tidak lari dari telatah mereka yang melucukan. Kadang-kadang, yang aneh pun mereka lakukan, tetapi tidak dimarah oleh orang tua mereka. Mana taknya, anak-anak bukan tahu apa kan, yang mereka tahu hanyalah perkara tersebut akan membuatkan mereka happy. Walaupun perkara tersebut saalah, tapi, tetap tak dim4rah, betul tak ?

Kelak, perkara tersebut akan menjadi bahan ketawa orang tua mereka jika diingatkan kembali memori lucu tersebut. Haa, time tulah mak ayah mereka nak cari modal untuk gelakkan mereka, ketika itu, kita akan terfikir mengapa kita sebegitu rupa perangai nya.

Hal ini sesuai dengan situasi anak kesayangan pelakon cantik Emma Maembong, iaitu Shariq Gabriel. Si kecil itu telah melakukan satu kesalahan yang besar, jika diikutkan, tetapi, disebabkan si comel itu masih kecil dan tidak tahu apa-apa, jadi lucu pula dibuatnya.

Emma yang ketika itu memuat naik videonya sedang mencari Shariq, puaslah si mummy tu mencari Shariq, ingatkan h1lang pergi mana, rupa-rupanya ada dalam bilik sedang mengacau babah nya solat, dahla pakai pampers je tau, geram je tengok.

Terkjut dibuatnya setelah melihat gelagat si kecil itu, lucu betul lah, orang sedang solat ada ke patut dikacau nya, duk hulur kaki ke daddny lagi. Nasib baiklah babah sudah di tahiyat akhir, kalau tak, memang lama kena tahan gelak anaknya itu.

Setelah selesai babah nya itu solat, helok je si comel tu duk lambai cakap “bye”. Amboi dik, dah buat silap nak lari pula ya, adoi geram betul lah dengan gelagat si Shariq ni. Rasa nak cubit je pipi nya tu. Tak berhenti gelak tengok video tersebut.

Antara komen netizen ialah “Kalau acik memag tak boleh solat macam ni, geram nak gigit peha tu..nasib baik babah awak kuat”, “Comel geram laa”, dan banyak lagi. Kalau dapat dekat kita, kita gigit jelah si comel ni kan.

Ramai juga je yang geram dengan si comel tu. Banyak akal sungguh. Dahla gebu, putih pulak tu. Kalau seorang yang minat akan kanak-kanak, pasti sudah lama cubit-cubit pipinya sedang geram dengan kecomelan Shariq ni.

Pun begitu, yang salah itu, kelak harus diperbetulkan, supaya kesalahan tidak terus dibiasakan oleh anak-anak kecil. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Tapi, anak kecil ini memang tidak tahu menahu, kelak besar, pasti mereka akan ketawa mendengar perangai lucu mereka sewaktu kecil dahulu.

Sumber : Shariqgabriel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!