“Fuhh elegant Scha” – Netizen

Selain Fazura dan Fatah Amin, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Yusry dan Lisa Surihani, sekadar menyebut beberapa nama pasangan selebriti, pelakon dan pengacara Awal Ashaari dan Scha AlYahya juga antara merpati dua sejoli yang cukup dikenali dan popular di negara ini. Tak kurang yang mengagumi bakat dan kelebihan ada pada kedua-duanya.

Nak pula kedua-duanya berwajah selebriti antarabangsa di peringkat Asian, pergi ke mana pun seakan terpancar aura daya tarikan pada sesiapa saja yang melihat. Justeru tak hairanlah peminat mereka ‘berjuta lemon’.

Antara artis terlibat event fasyen antarabangsa, Milan Fashion Week, Emporio Armani di Milan baru-baru ini, nampak bangga bila Scha dan Awal antara selebriti tempatan dapat sebaris dalam pertunjukkan glamour itu.

Ya lah… yang pasti bukan mudah bagi selebriti tempatan apalagi sepasang suami isteri yang mendapat jemputan pergi menjejakkan kaki ke peringkat fesyen global macam tu. Kira bertuah jugalah…

Bagi peminat dan pengikutnya pasti maklum akan Scha yang sememangnya seorang fashionista tak kurang juga dengan Awal. Sehati sejiwa betul mereka, patutlah pasangan dua anak ini serasi bersama.

Nampak penuh gaya sungguh Scha dan Awal dalam video dikongsikan di Instagram isterinya itu. Tak kurang yang ‘love’ amat outfit mereka berdua. Paling penting nampak stailo dan sopan.

Tak kurang yang memuji akan Scha yang nampak anggun dan classy. Kelihatan simple saja. Sekali pandang mereka dah macam pasangan selebriti h0t dari Korea pulak. Tak kurang yang suka dan memuji mereka berdua.

“mcmana scha jaga perut”, “So in love tgok make up schaalyahya yg superb beauty”, “Ma sya Allah, awak cantik sangat”, “ with Awal, both of you lookz really outstanding and elegant”, “Lawaaaanyaaa laki bini ni. Rindu nk tgk scha berlakon”. Itu antara komen netizen.

Scha mula dikenali selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006. Scha mula meraih pencapaian luar biasa menerusi watak lakonannya sebagai Dania dalam siri drama Awan Dania.

Dia mendirikan rumah tangga dengan Awal pada 4 Mei 2012. Semoga mereka terus sukses dalam apa juga bidang yang diceburi. Yang pasti memang ramai peminat kedua-duanya yang tumpang bahagia melihat pencapaian kedua-duanya.

Sumber : IG Scha Alyahya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!