“Comel la budak berdua belakang tu, kecik je”- Netizen

Kehidupan berumahtangga perlulah saling melengkapi. Tidak perlu menjadi terlalu sempurna mahupun sebaliknya. Namun begitu apa yang lebih penting adalah menghargai pasangan masing- masing seadanya mereka. Kekurangan dan kelebihan merupakan faktor suami dan isteri saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan kemanisan berpanjangan dalam kehidupan berumahtangga.

Namun, kehidupan alam berumahtangga pastinya tidak akan terlepas daripada dugaan dan cabaran. Buat pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza pula, meskipun kehidupan berumahtangga pasangan ini pernah melalui saat berliku sebelum ini, namun bak kata pepatah, selepas hujan pasti ada pelangi.

Keluarga besar Norman Hakim dan Memey Suhaiza sering menjadi rujukan buat pasangan suami isteri diluar sana. Bangkit daripada kej4tuhan sebelum ini, keluarga ini terus memberikan inspirasi buat masyarakat menerusi tauladan yang ditonjolkan oleh mereka sekeluarga.

Pengalaman kisah lalu telah banyak mengubah diri mereka agar mengambil apa yang telah berlaku sebelum ini sebagai iktibar dan pengajaran yang berguna hari ini.

Sebagai pasangan selebriti yang dikenali ramai, apa juga perkongsian mereka di media sosial akan menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai. Kemesraan pasangan ini juga sering membuatkan para pengikut akaun Instagram mereka bersemut melihat kebahagiaan mereka berdua.

Menerusi Instagram, Norman telah berkongsi satu video yang memaparkan majlis akad nikah antara beliau dan isterinya Memey Suhaiza. Kongsi Norman lagi, usia perkahwinan beliau dan isteri telahpun mencecah 11 tahun.

Norman juga turut menitipkan doa supaya hubungan perkahwinan beliau dan isteri berkekalan. Norman juga mengucapkan terima kasih kepada para sahabat yang sentiasa mendoakan beliau dan isteri.

Kebanyakkan perkongsian yang di buat oleh Norman akan mendapat perhatian daripada para pengikut Instagramnya kerana cukup terinspirasi dengan sikap positif dalam kehidupan berumahtangga beliau.

Malahan persahabatan bekas isterinya iaitu Abby Abadi dan isterinya kini iaitu Memey yang saling berkasih-sayang dengan cukup ikhlas juga meningg4lkan kesan positif terhadap para peminat.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen berkata mereka merasa sebak apabila melihat kembali video pernikahan yang di kongsikan oleh Norman itu. Apatah lagi ketika itu, anak- anak norman masih lagi kecil.

Namun begitu netizen juga mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat Norman dan mendoakan hubungan beliau dan isteri berkekalan. Berikut di kongsikan komen -komen netizen.

Tiada siapa yang menyangka serta menduga keluarga Norman dan Memey Suhaiza beserta bekas isteri Norman iaitu Abby Abadi kini menjadi sebuah keluarga besar yang sangat rapat.

Namun itulah pasang surut kehidupan. Belajar daripada kesilapan dan berkat kesabaran pasti Allah akan permudahkan semuanya.

Tambahan pula mereka berdua berbaik demi tanggungjawab untuk anak-anak. Benarlah setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah yang tersembunyi.

Sumber: ig norman hakim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!