“Urut ibu macam tak ikhlas je, Azal pun muka mengantuk je dengar” – Netizen

Bila dah jadi ibu bapa ni, sudah pasti rasa penat tu tak lari, penat menguruskan anak, penat bekerja, mengemas rumah dan sebagainya. Kalau ada waktu free je, cepat-cepat rasa nak baring dan rehat. Tapi, tak sampai sejam baring, pasti terus terfikir kerja rumah yang belum diselesaikan lagi. Betul tak ?

Lagi seronok kalau time tu ada anak-anak di sisi yang boleh urutkan badan ni yang buat kerja ni, tak payah beli kerusi urut takpa, anak-anak ada tolong urutkan. Sambil tu boleh lah bermanja-manja dengan anak kesayangan.

Ada dimuat naik video comel Zarina Zainuddin dengan anak kesayangan nya yang bernama Azal. Zarina yang mengatakan bahawa beliau penat dan sedang berehat di atas katil. Kebetulan pula Azal ada di sebelah nya tu. Terus disuruh Azal urut badan nya yang lenguh tu. Bak kata nya, kan Azal anak kesayangan ibu.

Memang tak dinafikan bahawa Azal sangat rapat dengan ibu kesayangan nya itu, semua tempat ibunya pergi, semua dia ikut. Tapi pasti ada juga celoteh ibunya yang sengaja kenakan anak kesayangan nya tu. Nyaris nangis dibuatnya.

Dia punya menyakat tu sampai merajuk Azal. Sekali merajuk terus nak lari tinggalakan ibunya tu. Tak boleh langsung ya ajak bergurau, tak lama lepastu pasti ibunya akan panggil kembali dan pujuk. Comel sangat tengok telatah anak-beranak ni.

Time Azal yang urut ibunya tu, bila ibunya suruh urut, terus mukanya auto mengantuk dengar apa yang ibunya nak cakap lepastu. Haha, kelakar betul, pandai eh Azal buat muka. Tapi, buat muka pun masih terus urut kan ibunya yang lenguh badan tu, bagus betul Azal ni. Dengar kata.

Kelmarin ada juga dimuat naik video anak nya yang bernama Azil pula. Situasi di mana Zarina juga keletihan selepas seharian menguruskan hal nya, balik time maghrib, nampak gelagat Azil yang segera menutup langsir bilik kerana sudah hendak malam. Kemudian terus ditukar channel tv kepada berita tamil. Part berita Tamil tu yang paling lawak, berdekah dibuatnya.

Azal dan Azil ni sangat manja dengan ibunya. Selalu saja ibunya bergurau dengan mereka berdua, dan selalu saja ikut kemana saja ibunya pergi jika ada urusan kerja di luar. Anak ibu sangat, dahla dua-dua nya comel.

Sejuk perut ibu yang melahirkan jika dapat anak yang selalu membantu jika diperluk4n. Nak-nak pula yang selalu offer untuk urut badan kita kalau kita penat. Kalau macamtu tak payah beli kerusi urut lah kan. Boleh suruh anak-anak je.

Sumber : Ig Zarinazainuddin_

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!