“Dulu suap bakal pengantin, kali ni suap pengantin baru”- Fasha Sandha

Hubungan adik beradik ibarat air dicincang tidak akan putus. Betapa pentingnya untuk kita menjaga hubungan silaturahim dalam kekeluargaan supaya tidak bertelingkah dan elak daripada salah faham. Salah satu hubungan adik beradik selebriti Malaysia yang kita patut contohi antaranya pelakon Fasha Sandha dan Elisya Sandha. Kemesraan dua beradik ini membuatkan ramai peminat suka melihat mereka.

Kedua-dua pelakon cantik ini mempunyai hubungan yang sangat rapat. Sehinggalah Elisya sudah bergelar isteri baru-baru ini, mereka tetap sentiasa kelihatan bersama.

Fasha bersama-sama dengan adiknya membuat review produk makanan. Seperti yang ramai tahu, Elisya sangat handal memasak di dapur sama seperti ibu mertuanya, Sheila Rusly.

Kehandalan Elisya itu menarik perhatian Fasha untuk mengajak adiknya sekali merasai produk makanan itu.

Sejak baru-baru ini, Fasha telah membuka slot review bagi produk makanan yang sedap sahaja dengan tag line ‘Tak Sedap Kami Tak Kongsi’. Slot review makanan kali ini sangat istimewa dengan kemunculan Elisya.

Menerusi video review yang dikongsi Fasha, mata netizen lebih memandang kepada sikap penyayang Fasha terhadap adiknya. Fasha kelihatan menyuap Elisya dengan penuh kasih sayang. Begitu akrabnya hubungan mereka adik beradik.

Video Fasha telah menjadi perhatian sehingga ditonton hampir 200,000 tontonan. Rata-rata netizen memuji wajah cantik dua beradik ini dan terharu dengan sikap penyayang Fasha.

Malah, ramai netizen juga turut memuji makanan yang dipromosikan sendiri oleh Fasha dan Elisya. Ia bukanlah review semata-mata namun produk makanan itu sememangnya sedap dan berkualiti.

Bagusnya Fasha buat slot review makanan yang sedap jer. Takdelah netizen tertipu dengan review makanan dari Fasha kan.. Tengok Fasha dengan Elisya, manja je Elisya kena suap hehe..

Sumber: Instagram Fashasandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!