“Lentiknya jaari jemari Aafiyah sebelum main piano” – Netizen

Siapa saja tak mengenali penyanyi terkenal tanahair Dato Siti Nurhaliza. Beliau yang kini sudah mempunyai dua orang anak iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa yang kedua-duanya sangat comel sama seperti ibu dan ayahnya. Tokti yang tidak lagi asing namanya di pentas dunia kerana bakat dalam bidang nyanyian dan juga mempunyai bisnes yang sangat berjaya.

Aafiyah yang sudahpun berkecimpung dalam bidang muzik terutamanya dalam bermain piano Wah, menarikkan siapa sangka seusia itu sudahpun berjinak dalam bidang muzik dan mampu bermain piano dengan bagus sekali.

Bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Begitulah perumpamaan yang dapat diberikan kepada anak perempuan Tokti iaitu Siti Aafiyah yang kini sudahpun menceburi dalam bidang nyanyian dan muzik walaupun umurnya masih lagi kecil iaitu empat tahun.

Baru-baru ini ada dimuat naik video Aafiyah yang menyertai konsert piano dan di situ juga ada ibu tercintanya Tokti yang sentiasa menyokong anak kesayangannya itu .Kalau korang tengok video ni mesti akan rasa sedih dan sebak.

Tokti dengan caption nya “ Hari ini Aafiyah menyertai konsert piano pertamanya.. Ibu bila teacher illy piano kata Aafiyah ada konsert, ibu yang nervous sebab Aafiyah paling muda iaitu 4 tahun dan takut dia panic ibu je over thinking sebenarnya. Bila makin dekat ibu lagi nervous bercampur excited”.

Hari ini ibu rasa sebak mula2 tengok Aafiyah perform .. Ayah pun bangga je bila tengok anak dara dia perform sambil lentik2 j4ri tuuu..

Semoga Aafiyah dapat menimba segala ilmu dengan baik anakku.. Ibu dan Ayah selalu doakan ye.. Tq teacher illy piano  yang sentiasa sabar mendidik anak ibu ye,Tahniah untuk majlis hari ini.

Baca caption yang ditulis oleh Tokti pun tanpa kita sedari perasaan sebak itu hadir. Cara penulisan nya seperti betul-betul terluah dari qalbu. Seperti bangganya seorang ibu dan ayah terhadap seorang anak kecil nya itu.

Rata-rata netizen memberikan komen yang positif dan kagum dengan Aafiyah yang masih seusia itu, tapi sudah pandai main piano. Pun begitu, ramai yang turut sebak tau baca caption Tokti kali ini, sayup je rasanya.

Justeru, semoga Aafiyah terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya. Tak sabar nak tengok Tokti dan Aafiyah perfom sama-sama. Bestnya kalau dapat tengok mereka berdua buat persembahan bersama kan.

Sumber : Ig Ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!