“Ala nnt nk panggil apa pulak ya sbb dh xpakai viva” – Netizen

Bnjir yang melanda negara baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak terhadap sikap baik rakyat Malaysia yang saling tolong menolong dan bersatu padu dalam menghulurkan bantuan buat golongan yang terjejas. Salah seorang individu juga turut menghulurkan bantuan buat m4ngsa bnjir ialah Azwan Omar yang berasal daripada Melaka. Nama beliau tular di media social dengan gelaran sebagai Abang Viva kerana sikap perihatin beliau yang sanggup datang daripada Melaka ke Selangor untuk membantu m4ngsa bnjir.

Nama beliau yang kini di angkat sebagai hero bnjir difahamkan bergerak solo dari Melaka, dengan menaiki kereta Viva dan membawa bot untuk misi membantu m4ngsa b4njir di Shah Alam. Menjadi inspirasi orang ramai lagi adalah beliau hanya berbekalkan RM 50 sahaja semasa membuat keputusan untuk turun ke Selangor.

Beliau bukan sahaja membantu m4ngsa bnjir di Shah Alam malahan Abang Viva juga telah merentas ke negeri Pahang bagi membantu m4ngsa b4njir di sana juga.

Rentetan kisah mencetus inspirasi dan usaha murni Abang Viva dalam membantu m4ngsa bnjir ini yang tular, seorang wanita dipercayai seorang usahawan kosmetik yg dikenali sebagai Sha Hassan telahpun membuat tawaran di media sosial untuk menghadiahkan sebuah kenderaan 4×4 yang di rasakan lebih sesuai buat Abang Viva untuk meneruskan usaha murni di masa akan datang dalam membantu lebih ramai orang.

Bagaimanapun, niat usahawan berkenaan untuk menghadiahkan Abang Viva kenderaan berkenaan mengundang kec4man orang ramai di laman sosial kerana menyangka usahawan tersebut mengumumkan pemberian kereta tersebut bagi tujuan untuk pemasaran produk beliau semata-mata. Malahan ada yang mengatakan bahawa Abang Viva menolak untuk menerima hadiah tersebut.

Tidak cepat melatah dengan kecam4n netizen, menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram peribadi usahawan tersebut, Sha telah tampil menjelaskan bahawa Abang Viva tidak pernah menolak tawarannya itu malahan ada memberitahunya bahawa beliau akan menghubunginya selepas selesai membantu m4ngsa b4njir di Pahang.

Terkini menerusi perkongsian baru usahawan berkenaan di Instagram, beliau telahpun selesai membuat tempahan kenderaan 4×4 yang ingin di hadiahkan buat Abang Viva. Sha juga sempat berkongsi video ringkas pertemuan beliau bersama Abang Viva.

Jelas Sha lagi, sejak beliau membuat tawaran untuk memberikan hadiah kepada Abang Viva, saban hari pasti ada soalan yang diajukan mengenai hadiah kenderaan berkenaan.

Memandangkan beliau telahpun selesai membuat tempahan dan bertemu sendiri dengan Abang Viva, beliau mengambil langkah menjelaskan secara panjang lebar menerusi Instagram beliau.

Menurut Sha, kenderaan tersebut tiada stok dan perlu menunggu sehingga 2 hingga 3 bulan. Meskipun pembayaran di buat secara tunai namun beliau tetap perlu menunggu giliran.

Manakala untuk kenderaan 4×2 pula ciri- ciri yang terdapat pada kenderaan tersebut tidak menepati citarasa beliau memandangkan kenderaan tersebut bakal di hadiahkan untuk seseorang.

Kngsi Sha lagi, ramai yang turut sama membantu beliau untuk mendapatkan kenderaan tersebut dan akhirnya beliau telah mendapat 1 unit kenderaan yang bersesuaian dengan kehendaknya untuk di hadiahkan buat Abang Viva. Urusan tempahan telah selesai namun tetap perlu menunggu selama seminggu.

Menjengah ke ruangan komen entri yang dikongsikan oleh usahawan berkenaan, rata- ratanya memuji sikap baik hati usahawan tersebut yang bermurah hati untuk menghadiahkan kenderaan tersebut buat Hero Bnjir.

Netizen juga mendoakan agar urusan usahawan tersebut untuk menyerahkan kenderaan tersebut kepada Abang Viva akan dipermudahkan nanti. Berikut dikongsikan lagi beberapa komen netizen.

“Sian sha ni, lama dh follow dia walaupun tk prnah kenal or jumpa, mmg nmpk orgnya bagus, niat baik tp org salah ertikan and tuduh nak marketing, semoga urusan sha dipermudahkan.” – Netizen

“Sis, bagi kereta tu okay, alhamdulillah, cuma kdg terpk, lps bg kereta tu, kos maintanance kereta tu, roadtax mcm jadi bebanan plak.. pada hematnya, baik beri sesuatu yg xberi bebanan empunya tuan bdn di kemudian hari. Just my 2 cent ya.” – Netizen

“Hak alahhh netizen pon Dok sibuk roadtax maintanance bagaiii pulakk.. Abg viva tu taw laa cmna dy nak hidup, tdk buat apa dy nak terima hadiah 4×4 tuu. myb lepas dpt ketaa tuu, dy akan kerja lebih keras.

Byk kegunaan taw nk cari rezeki dgn 4×4 tuu. Mcm2 dy boleh buat Towing ke apa ka buat sewa angkat barang or apa2 jaa Pandai2 laa hidup.. Dy tak kisah, netizan plak yg bocahhhh haehhhh” – Netizen

Terdahulu, usahawan berusia 25 tahun tersebut memohon bantuan warganet selepas dirinya gagal menghubungi Azwan yang dipercayai sedang sibuk menjayakan misi di sekitar Pahang. Hasrat usahawan tersebut untuk menawarkan kereta baharu untuk Azwan telah menarik perhatian ramai.

Walaupun menerima sedikit kecaman di atas keikhlasan menawarkan sebuah kenderaan bagi kegunaan ‘abang Viva’ atau nama sebenar Azwan Omar, usahawan kosmetik Sha Hassan dilihat tetap dengan pendiriannya. Malah, kedua-dua pihak mungkin telah mencapai persetujuan mengenai perkara tersebut berdasarkan apa yang dimuat naik oleh kedua-dua pihak.

Sha turut menegaskan bahawa tiada gimik pemasaran mengenai pemberian tersebut kepada Azwan Omar, hanya sekadar mahu memudahkannya untuk melakukan tugas-tugas membantu m4ngsa bnjir.

Azwan Omar turut bersiaran melalui Facebook Live untuk memaklumkan bahawa dia bakal menerima kenderaan pacuan empat roda (4×4) daripada pengasas kosmetik tersebut. Dia turut mengharap agar orang ramai tidak menuduh atau mengecam pengasas kosmetik tersebut lagi.

Sha berkata, inisiatif tersebut sekali gus dapat memudahkan niat murni lelaki dari Melaka itu dalam membantu lebih ramai m4ngsa terjejas termasuk sebarang situasi di masa akan datang. Hebat betul kisah Abang Viva ini. Dia tiada pangkat, harta mewah ataupun gelaran. Tetapi jiwanya amat luar biasa, kaya dengan sikap prihatin dan kemanusiaan.

Sumber: Instagram sha hassan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!