“Untung mak ayah kau penyanyi Nak”- Netizen

Siapa saja tak kenal pasangan kepada Ernie dan Syamel. Rasanya sudah ramai yang cukup mengenali pasangan ini. Dek kerana kedua-duanya adalah penyanyi handal dan terkenal. Diorang ni kalau berduet memang sangat gempak, memang terus jadi favourite duo lah. Dah la jenis masuk air, memang sempoi.

Mereka berdua ni, ada saja perkara yang meluckan setiap hari. Seronok kana da pasangan yang sama-sama masuk air ni. Sporting habis, memang tak kering gusi asyik duk ketawa je dengan lawak, walaupun menda biasa je tapi mesti akan jadi extra lawak.

Kini, pasangan tersebut sudah memiliki seorang cahaya mata yang bernama Khawla. Sebijik gaya macam mama nya Ernie tu, Comel je kecil molek. Geram rasa nak cubit pipi montel tu, dahla gebu tau. Dahla sama mukanya macam Ernie.

Ada dimuat naik video Khawla yang seolah-olah terpana, dek kerana didukung oleh Syamel. Tapi, sememangnya moment ketika itu sangatlah lucu. Nak tahu sebab apa ? Mestilah sebab baba dan mama nya yang sedang buat lawak.

Moment yang ketika itu Ernie dan Syamel sedang menyayikan lagu yang berjudul Dewi dari Dewa 19. Haa, bukan main sedap lagi mama dan baba Khawla menyanyi ketika itu, yelah kan mereka berdua tu penyanyi popular.

Tapi, yang lucunya ketika itu Khawla sepertinya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kan Khawla masih kecil, Ernie dan Syamel beria menyanyi, tapi reaksi si comel tu memang melucukan. Sepertinya tidak tahu apa yang berlaku.

Memamg lah Khawla tidak tahu menahu kan, sebab dia masih kecil. Tapi untunglah setiap hari boleh dengar Ernie dan Syamel menyanyi. Tak payah bayar duit ke konsert, boleh dengar free je dekat rumah setiap hari.

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan gelagat keluarga tersebut. Comel sangat lah katakan. Macam-macam ragam nya. Bak kata netizen, itulah gayanya apabila mak ayah kedua-dua nya penyanyi. Memang setiap hari kena dengar diorang menyanyi.

Nanti Khawla dah besar, mesti akan ikut jejak Ernie dan Syamel juga kan. Mana taknya, peluang depan mata, bole belajar vokal dengan parents sendiri. Lepastu dah boleh tengok trio ni buat persembahan sama-sama, yang dulunya hanya duo, sekarang dah trio tau.

Sumber : Ig Syamel_official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!