“Untung ada menantu duk pulau, nanti pencen blh ke sana terus hehe” – Netizen

Bukan semua orang bertuah dapat mertua yang sporting. Tambah pula yang jenis ‘tegak dan lurus’, boleh petak juga kepala menantu nak cuba ‘masuk’ dengannya. Tak pun boleh jadi ‘keras kejung’ dibuatnya apabila bersama keluarga baharu. Begitupun sudah tentu tidak bagi menantu kepada selebriti, Sharifah Shahirah atau Sheira ini. Mendengar dan melihatnya melayan menantu pun boleh menghiburkan netizen.

Lihat saj4lah seperti video dikongsikannya ini, menantu yang dengar Shiera berceloteh pun senyum dan reda sahaja apa dikatanya. Mesti dah maklum dengan kelaku ibu mertuanya sedemikian rupa.

Yang pasti sisi lucu Shiera memang tak pernah ditinggalkan. Hinggakan ramai netizen memberikan respons di ruangan komen mencoret menantunya bertuah dapat mak mertua yang sporting.

Ya lah… orang kelakar lazimnya tentunya hidupnya happy go lucky saja kan… Ada-ada saja dikongsikan Shiera di medsosnya akan ‘perangai’nya bila berdepan dengan menantunya itu.

“Untung laa..mak mertua sporting sgt..”, “Kak rara jadi mertua yg sporting dan baik sebab mertuanya datin Maria jugak baik dan sayang kan dia….”, “Kelakar mak mentua dia”, “Sporting benoo mak mentua nya..love lahhh”. Itu antara komen netizen.

Terdahulu, berkongsi dengan media, menurut Shiera menantunya itu, Sham merupakan orang Pulau Tioman dan bekerja di situ. Tambahan pula keluarga besannya menguruskan inap desa dan aktiviti pelancongan di sana.

Jadi sudah tentulah anak Shiera, Allisya Tahir akan mengikut suaminya itu yang bekerja sebagai pemandu bot pelancong dan mengajar aktiviti snorkeling. Bak kata Shiera sendiri, menantunya itu ‘kerja laut’.

Memang sporting juga Shiera ya… bagi ramai orang tua di luar sana, pasti sedikit sebanyak khuatir juga bila anak nak ‘dibawa’ jauh ke pulau Dan berkahwin pula orang sana. Pulak tu bekerja dengan alam iaitu lautan.

Nampaknya Shiera tak kekok menerima menantu pilihan Allisya. Memang pun nampak sporting dia melayan menantu. Allisya ialah anak hasil perkahwinan pertama Shiera dengan vokalis kumpulan legenda, Black Dog Bone, Jatt.

Kata orang pengalaman menjadikan diri kita lebih baik. Mana tak sportingnya Shiera, dia juga mempunyai ibu mertua yang sebegitu, iaitu Datin Maria Arshad. Moga kebahagiaan anak menantunya kekal hingga jannah.

Sumber : IG Sharifah Shahirah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!