“Kali ni dpt rasakan Mirul punya lakonan lagi mantap dari Ain” – Netizen

Sebut sahaja nama pengacara Ain Edruce pastinya akan terbayangkan telatah lucu Ain Edruce bersama suaminya Amirul Hafiz. Saluran Youtube pasangan berkenaan sering memaparkan video gelagat lucu mereka berdua dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Kehidupan mereka berdua kini semakin meriah dengan kehadiran cahaya mata sulung iaitu Soraya sekitar bulan Mei tahun lalu.

Pasangan serasi ini mendirikan rumahtangga pada 13 Disember 2019. Sebagai selebriti, Ain sering menerima tawaran untuk mempromosi produk. Untuk membantu Ain membuat promosi produk, Amirul adakalanya kerap kali muncul di media sosial milik isterinya.

Sebagai usahawan, Amirul kurang terdedah dengan dunia selebriti isterinya. Oleh itu, adakalanya reaksi ‘blur’ beliau mengundang tumpuan para peminat yang kasihan namun terhibur melihatkan reaksi yang diberikan Amirul.

Amirul dilihat sentiasa kelihatan pemalu dan blur ketika terpaksa melayani pelbagai permintaan isterinya untuk memuatnaik konten di media sosial.

Sudah lumrah apabila mendirikan rumahtangga bersama artis dan seseorang yang dikenali ramai seperti Ain, kehidupan rumah tangga golongan akan sentiasa menjadi perhatian ramai.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram Ain Edruce, beliau memuatnaik satu video untuk mempromosikan produk yang di rakamkan bersama suaminya Amirul. Rakaman video berkenaan mendapat kerjasama yang sangat baik daripada suaminya.

Tidak seperti kebiasaan, kali ini Amirul menghafal dialog dengan baik. Kebiasaannya Amirul sering mencuri tumpuan para peminat dek kerana gelagat beliau yang sering kelihatan ‘blur’ dan seolah-olah redha melayani perangai ‘masuk air’ isterinya.

Di dalam video berkenaan juga, penampilan Ain kelihatan berbeza apabila mengenakan tudung. Di dalam video tersebut, Amirul juga turut memuji isterinya itu dengan mengatakan Ain kelihatan sangat ayu apabila bertudung.

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata netizen memuji lakonan Amirul kali ini yang kelihatan agak mantap berbanding sebelumnya. Namun begitu, wajah kelakar Amirul tetap menghiburkan netizen apabila kelihatan agak takut-takut untuk berlakon bersama Ain.

Wajah Ain yang memakai tudung juga awet muda dan kelihatan seperti pelajar senior sekolah menengah menerusi gayanya beraksi di dalam video tersebut. Berikut di kongsikan komen-komen yang di tulis oleh netizen.

Kehidupan 3 beranak tersebut sering menjadi bualan peminat apatah lagi apabila menyaksikan gelagat suami Ain yang adakalanya mencuit hati peminat kerana terpaksa melayani kerenah isterinya yang gemar bergurau dan mengusik.

hubungan pasangan suami isteri ini bagai saling melengkapi apabila Ain dengan karakter beliau yang masuk air manakala Amirul pula agak pendiam. Ain bersyukur kerana Amirul sangat memahami dan menyokong dirinya dalam kerjaya.

Sumber: ig ainedruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!