“Uncle mesti peminat tegar ni” – Netizen

Sebut saja nama figura ini mesti ramai yang kenal dari yang remaja sampailah yang dewasa. Apa tidaknya, digelar Raja Pop dan sudah bergelumang sebagai anak seni sejak di tahun 70-an lagi, suara emas dan lagu-lagu popularnya berjaya menarik perhatian. Rupanya bukan sahaja pelbagai peringkat usia, mereka yang berlainan bangs4 seperti uncle Cin4 ni pun merupakan peminat Datuk Jamal Abdillah tau…

Bukan peminat biasa-biasanya, tetapi siap boleh menyanyikan lagu-lagu Jamal lagi. Seperti dalam video ini, Jamal sendiri seakan kagum dengan kelebihan ada pada peminatnya itu. Ini baru peminat sebenar.

Biarpun berlainan ras, dah namanya rakyat Malaysia pastinya kenal dan tahu tentang k4um lain apatah lagi sosok yang dikenali. Yang pasti memang Jamal ada kelompok peminatnya yang tersendiri.

Selain Jamal sendiri, ramai pula netizen yang kagum dengan kelebihan pandai menyanyi lagu Melayu yang ada pada uncle ni… Ya lah… bukan selalu sangat kita jumpa lain bangs4 tapi peminat penyanyi Melayu pula.

“Terbaikkk uncle .. terbaik dato”, “Dato sporting terbaikkkk”, “Untung uncle grab dpt jumpa dato Jamal…so e lucky laaa”, “Uncle mesti peminat tegar ni…”, “Addoiiihh uncle tu dpt personal show ngan penyanyi hebat. Manyak untong looo”.

Itu antara komen netizen. Ya lah… yang pastinya bukan uncle ini saja, kita-kita yang dapat jumpa Jamal pun mesti rasa berbunga hati apatah lagi dapat merakam kenangan dengan penyanyi tersohor.

Terdahulu, Jamal yang sempat menyanyi bersama-sama dengan uncle itu beberapa lagu memberitahu beliau menaiki grab lelaki tersebut dan dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk ke Kuantan.

Siapa sangka terjumpa pula peminat istimewa ya. Jamal pun tak kurang juga memberikan ‘hadiah’ buat uncle itu apabila menyanyikan beberapa baris lagu dalam bahasa Cina. Pandai juga kan….

Jamal mula dikenali di negara ini setelah muncul sebagai juara dalam pertandingan Bintang RTM 1979. Selepas itu, namanya kian memuncak apabila menyanyikan lagu-lagu popular Azura, Sandarkan Pada Kenangan, Kau Lupa Janji, Cinta Yang Terbiar, K3kasih Awal dan Akhir, Penghujung Rindu dan banyak lagi.

Beliau juga membintangi beberapa filem yang meletakkan namanya sebaris dengan pelakon popular era 80-an. Moga negara melahirkan lebih ramai insan berjiwa Malaysia seperti Jamal. Dengan semua bangs4 pun boleh ‘masuk’.

Sumber : IG ERA

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!