Umum nama bayi perempuan setelah seminggu, indahnya mksd Atheera Medinah

Che Puan Azrinaz Mazhar Hakim merupakan seorang bekas wartawan penyiaran TV3 sekitar tahun 1999 hingga 2005. Wajah beliau kerap menghiasi Buletin Pagi TV3, Berita Terkini dan Buletin 1.30. Bagaimanapun beliau mnggalkan profession berkenaan setelah bertemu jodoh dengan Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah. Setelah perkahwinan tersebut beliau lebih dikenali sebagai Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar.

Hasil daripada pernikahan tersebut Che Puan Azrinaz dikurniakan 2 pasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan juga Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila Che Puan Azrinaz bercrai pada tahun 2010 dengan talak satu.

Che Puan Azrinaz kemudiannya sekali lagi bertemu jodoh dengan bekas rakan sekerja di TV3 iaitu Fairos Khan Abdul Hamid dan mengambil keputusan untuk berkahwin sekitar Mei 2018. Mereka berdua telah berkenalan selama hampir 20 tahun dan majlis pernikahan mereka berdua dijalankan secara tertutup.

Setahun kemudian, pasangan ini telah menerima cahaya pertama mereka iaitu Areesya Malaykha Fairos. Terkini Azrinaz baru sahaja melahirkan anak keduanya hasil pernikahan kedua ini 7 hari yang lalu.

Memuatnaik beberapa keping gambar di Instagram, beliau dilihat telah mendedahkan wajah anak dan mengumumkan nama anak keduanya itu.

Mengambil berkat hari jumaat, dikesempatan itu juga beliau telah membuat upacara tahnik untuk anaknya dengan disempurnakan oleh YBhg Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki yang merupakan Imam Msjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Che Puan Azrinaz turut berkongsikan maksud upacara tahnik iaitu merupakan amalan sunnah yang lebih dikenali dalam masyarakat melayu sebagai belah mulut iaitu dengan menyapu kurma yang dihncurkan ke langit-langit bayi bersama air zam zam dan madu. Ianya untuk baby berlatih mengunyah makanan dan kuat untuk makan.

Ketika upacara tersebut juga adalah sunat untuk memberikan nama kepada bayi. Che Puan Azrinaz mendedahkan nama anak keduanya iatu adalah Atheera Medinah dimana ATHEERA bermaksud harum manakala MEDINAH bersempena nama kota suci Rasullulah; Madinah .

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran anak keduanya itu dan mendoakan anak pasangan tersebut membesar menjadi seorang anak yang solehah dan menghormati kedua-dua orang tua mereka kelak.

Rakan dan peminat turut memuji pemilihan nama anak yang cukup indah dan membawa maksud yang sangat baik. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh rakan dan peminat di ruangan komen.

Pada usia Che Puan Azrinaz mencecah usia 41 tahun, beliau mampu melahirkan anak perempuan yang cukup sempurna sifat dan sihat.

Besar harapan beliau dan suami supaya anak mereka berdua menjadi anak yang solehah dan mengharumkan nama keluarga. Tahniah diucapkan buat Che Puan Azrinaz dan selamat berpantang.

Sumber: ig azrinaz mazhar hakim.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!