“Kocok parok ni” – Neelofa Pu Riz tengah drive pun dengar ceramah bkn lagu

Lawatan kerja Neelofa ke Langkawi baru-baru ini menjadi begitu sensasi dan menimbulkan kekecohan apabila selebriti tersebut bersama suaminya PU Riz di katakan mengambil kesempatan untuk berbulan madu dan merentas negeri. Pihak polis dan pihak pengurusan Chatime telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan pengacara jelita itu bersama suaminya ke Langkawi telahpun mendapat kebenaran oleh pihak berkuasa.

Pelbagai spekulasi sedang berlegar dalam media sosial mengenai k3s pasangan pengantin baru ini yang dikatakan merentas negeri namun kedua-duanya masih berdiam diri. Netizen yang kurang setuju mempersoalkan bekas pengacara Meletop itu yang secara terang-terangan telahpun melnggar SOP yang ditetapkan kerajaan dengan merentas negeri.

Sebagai rekod Neelofa dan pasangannya PU Riz yang baru sahaja melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis serba mewah pada 27 Mac yang lalu.

K3s melnggar SOP ketika majlis perkahwinan pasangan ini juga sedang di siasat oleh pihak berkuasa kerana terdapat dakwaan bahawa majlis yang diadakan itu tidak mengamalkan penjarakan sosial di antara satu sama lain semasa majlis berlangsung.

Semalam menerusi Instagram story, Neelofa tampil menjelaskan keadaan bahawasanya pada ketika ini pihak beliau dan Chattime sebenarnya sedang menjalankan usahasama untuk berkolaborasi menghasilkan produk minuman terbaru.

Atas faktor itulah Neelofa berangkat ke Langkawi untuk melihat cawangan terbaru beliau yang di buka di sana.

Selebriti berkenaan ternyata sudah lali dengan beberapa kontroversi yang melibatkan dirinya dan hanya meminta supaya semua pihak agar bertenang.

Walaupun sedang menempuhi dugaan setelah berumahtangga namun beliau tetap bersyukur dan menganggap isu yang sedang hangat diperkatakan mengenai tindakan beliau dan suami merentas negeri sebenarnya secara tidak langsung membantu mempromosikan lagi cawangan baru beliau di Langkawi walaupun masih belum dilancarkan.

Sebuah media sosial yang dipercayai milik peminat Neelofa memuatnaik video Neelofa bersama suaminya di dalam sebuah kereta menuju ke suatu tempat. Apa yang menjadi perhatian adalah apabila pasangan ini dilihat mendengar ceramah agama di dalam kenderaan dan tidak mendengar lagu seperti kebanyakkan kita.

Peminat memuji tindakan pasangan suami isteri ini yang memilih untuk mendengar ceramah agama sebagai halwa telinga di dalam kenderaan berbanding untuk mendengar lagu-lagu yang melalaikan. Peminat juga mendoakan supaya urusan pasangan ini dipermudah dan selamat tiba ke destinasi yang mereka tuju.

Perkahwinan yang dirahmati adalah apabila suami isteri sentiasa mengamalkan ajaran islam dan membimbing antara satu sama lain untuk mendekatkan diri kepada agama. Dengan kehadiran PU Riz mampu membimbing Neelofa ke jalan yang beliau impikan selama ini.

Tidak mudah menjadi Neelofa. Apa jua percaturan yang dibuat pasti akan ada isu yang terpalit sama ada positif mahupun negatif.  Mudah-mudahan pasangan ini terus tabah dan kuat untuk menempuhi kehidupan dan fasa baru mereka berdua sebagai suami isteri.

Sumber: ig  lovemewoome

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!