“Tak launch lg dh gegar satu negara, now berjuta org tahu outlet chatime sy dibuka di langkawi” – Neelofa

Kalau dah namanya Neelofa, pasti ada sahaja yang beliau lakukan menjadi tumpuan. Terkini tindakan selebriti popular terbabit untuk ke Langkawi atas urusan kerja telah mendapat pelbagai pertikaian dalam kalangan netizen yang kurang setuju dan mempersoalkan bekas pengacara Meletop itu yang secara terang-terangan telahpun melnggar SOP yang ditetapkan kerajaan dengan merentas negeri.

Neelofa dan pasangannya PU Riz yang baru sahaja melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis serba mewah hanya beberapa hari lalu di katakan cuba mengambil kesempatan untuk berbulan madu dengan menggunakan alasan kerja untuk ke Langkawi.

Pelbagai spekulasi sedang berlegar dalam media sosial mengenai k3s pasangan pengantin baru ini yang dikatakan merentas negeri namun kedua-duanya masih berdiam diri.

Pada masa yang sama juga ketika ini majlis perkahwinan pasangan ini juga sedang di siasat oleh pihak berkuasa kerana terdapat dakwaan bahawa majlis yang diadakan itu telah melnggar SOP kerana tidak mengamalkan penjarakan sosial di antara satu sama lain semasa majlis berlangsung.

Terkini menerusi Instagram story, Neelofa telahpun menjelaskan keadaan bahawasanya pada ketika ini pihak beliau dan Chattime sebenarnya sedang menjalankan usahasama untuk berkolaborasi menghasilkan produk minuman terbaru. Atas faktor itulah Neelofa berangkat ke Langkawi untuk melihat cawangan terbaru beliau yang di buka di sana.

Neelofa turut meminta agar semua pihak bertenang. Neelofa bersyukur disebalik apa yang terjadi dalam masa yang sama beliau mendapat hebahan percuma mengenai cawangan terbarunya di Langkawi walaupun beliau masih belum melancarkan cawangan tersebut.

Tidak mudah menjadi seseorang seperti Neelofa. Apa jua percaturan yang dibuat pasti akan ada isu yang terpalit sama ada positif mahupun negatif.  Buat PU Riz pula, isu yang berlaku ini adalah permulaan beliau sebagai suami dan pasangan kepada selebriti terkenal seperti Neelofa.

Mudah-mudahan pasangan ini terus tabah dan kuat untuk menempuhi kehidupan dan fasa baru mereka berdua sebagai suami isteri.

Sumber: ig  Neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!