“Kalau nak fikir je tgn mesti kat situ je eh Alisa, Kiut sgt” – Netizen

Karakter manja dan gedik namun comel dan bijak membuatkan anak kedua pasaangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sering memikat hati para peminat dan warganet yang cukup terhibur dengan keletah lucu anak mereka. Gelagat serta kelakuan Alisa yang comel membuatkan warganet merasa geram dengan si cilik itu. Pemilik nama penuh Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen ini baru mencecah usia 3 tahun. Alisa dilahirkan pada 24 May 2019.

Kedua-dua anak kepada pelakon ini pernah memenangi Anugerah Top Meletop Era bagi kategori Si Cilik Meletop. Anak pertama mereka iaitu Yusof Iskandar memenangi anugerah itu pada tahun 2017 manakala anak kedua mereka iaitu Alisa Aisyah pula memenangi kategori yang sama pada tahun 2020.

Kedua-dua orang kanak-kanak itu mempunyai sebilangan pengikut yang besar di media sosial mereka dimana Yusof mempunyai seramai 2.7 Juta pengikut di Instagram pada usia hampir mencecah 5 tahun manakala adiknya Alisa Aisyah pula mempunyai seramai 1.2 Juta pengikut di Instagram pada usia hampir mencecah 3 tahun.

Untuk rekod mereka telah mendirikan rumahtangga pada Jun 2015 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Yusof Iskandar pada 2016 dan Alisa Aisyah pada 2019.

Kehidupan pasaangan ini dan anak-anak mereka menjadi perhatian netizen kerana sering berkongsi video aktiviti mereka bersama anak-anak buat tatapan para peminat di media sosial.

Menerusi Instagram Hairul dan Hanis, pasngan tersebut juga kerap berkongsi aktiviti harian yang mereka lakukan bersama anak-anak demi tatapan para peminat mereka.

Terkini menerusi Instagram Alisa, ibunya Hanis telah memuatnaik sebuah video menunjukkan aktiviti yang beliau lakukan bersama anak-anak di rumah. Kelihatan di dalam video Alisa sedang membantu beliau membuat kerja rumah.

Hanis bertanya kepada Alisa apakah sebab si cilik itu membantu beliau untuk melakukan kerja rumah. Namun jawapan yang diberikan oleh Alisa cukup comel apabila Alisa berkata menolong ibunya kerana mahu bermain penyapu.

Bagaimanapun lagak Alisa ketika berfikir jawapan untuk menjawab soalan ibunya pula mencuri perhatian. Alisa meletakkan jari telunjuk di mulutnya sambil berfikir dan berkata “ammm..ammm” buat warganet kegeraman melihat aksinya. Berikut beberapa komen netizen yang ditinggalkan di ruangan komen entri tersebut.

Dah semakin bjiak dah Alisa ni. Seperti komen yang ditinggalkan bapanya, semakin besar semakin banyak idea Alisa ni. Keletah dan gelagat Yusof dan Alisa yang comel dan bijak sering mencuri tumpuan para peminat kepada pasaangan ini.

Kehidupan keluarga pasngan ini sering menjadi inspirasi kepada pasngan yang telah berkahwin diluar sana untuk mengikuti jejak langkah mereka dalam membesarkan anak-anak.

Sumber: Instagram Alisa Aisyah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!