Lelaki ini sanggup jln kaki 35km utk hantar hadiah kahwin buat Neelofa dan PU Riz

Neelofa merupakan salah seorang selebriti yang bergelar usahawan. Disebalik kemasyuran nama beliau sebagai seorang pengacara dan pelakon, beliau turut berjaya sebagai usahawan. Nama Neelofa pernah di senaraikan di dalam majalah forbes 30 under 30 dimana menampilkan beberapa orang usahawan yang berjaya menempa kejayaan sebelum berumur 30 tahun daripada beberapa negara di Asia. Selain itu juga Neelofa turut menjadi pilihan beberapa jenama terkenal di peringkat antarabangsa untuk menggayakan rekaan mereka.

Neelofa bermula dengan menceburi bidang perniagaan dengan mengeluarkan produk kanta lekap pertama beliau LofaLens dan produk minuman kecantikan bersama keluarga. Bagaimanapun setelah beliau berhijrah, Neelofa memula perniagaan tudungnya dan perniagaannya terus berkembang sehingga hari ini.

Tidak mustahil kejayaan yang ditempa oleh beliau hari ini menjadi inspirasi buat anak muda diluar sana untuk berjaya seperti beliau.

Neelofa mempunyai peminat daripada segenap peringkat usia dari yang muda sehinggalah yang dewasa.

Terkini menerusi instagram peminat Neelofa, sebuah video telah pun dikongsikan mengenai kegigihan seorang individu yang sanggup berjalan kaki daripada rumahnya di Putrajaya sehingga ke rumah Neelofa yang terletak di TTDI. Perjalanan tersebut sejauh 35 kilometer telah dilakukan oleh individu tersebut dengan hanya berjalan kaki.

Tujuan individu berkenaan berbuat sedemikian adalah kerana ingin menyampaikan hadiah perkahwinan buat Neelofa dan PU Riz dengan tangan beliau sendiri.

Kelihatan di dalam video Neelofa dan PU Riz keluar untuk berjumpa individu berkenaan untuk menerima hadiah daripada beliau. PU Riz mengucapkan terima kasih di atas pemberian tersebut.

Rata-rata peminat merasakan tindakan individu berkenaan sangat istimewa kerana sanggup bersusah payah demi berjumpa dan menyampaikan sendiri hadiah perkahwinan kepada selebriti yang beliau minati serta kagumi.

Berikut dikongsikan komen yang ditinggalkan oleh beberapa peminat terhadap tindakan individu tersebut.

Hebat penangan pengaaruh Neelofa dan PU Riz kepada para peminat mereka. Sehinggakan ada peminat yang sanggup berjalan kaki menempuhi perjalanan sejauh 35 kilometer hanya semata-mata untuk berjumpa mereka berdua.

Semoga dengan sokongan yang diterima daripada para peminat ini membuatkan pasangan pengantin baru itu terus memberikan contoh tauladan yang terbaik buat para peminat mereka.

Sumber: ig lovestory.me_

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!