“Aku perhati je dia ni, dah tahu suara tak boleh pergi nak juga menyanyi” – Datin Shahida

Siapa yang tidak kenal dengan usahawan kosmetik Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida. Kejayaan mereka berdua dalam bidang perniagaaan amat memberikan inspirasi kepada masyarakat untuk menjadi berjaya sepertimana mereka. Dato Aliff dan Datin Shahida mempunyai saluran youtube mereka  sendiri dan sering berkongsi aktiviti mereka sekeluarga tidak kira dalam bidang perniagaan mahupun kehidupan peribadi mereka.

Setelah menaja beberapa rancangan hiburan nyanyian, Dato Alif juga turut mempunyai beberapa lagu beliau sendiri kerana minat beliau yang mendalam terhadap nyanyian.

Mengenali Dato Aliff, beliau seorang yang tidak mudah berputus asa dalam apa juga yang beliau lakukan. Setelah muncul dengan beberapa buah lagu pada tahun sebelum ini, Dato Aliff berkata beliau akan muncul dengan lagu raya terbaru pula selepas ini.

Menerusi Instagram Dato Alif memberikan bayangan lagu raya yang bakal beliau nyanyikan dengan memuatnaik sebuah video nyanyian beliau.

Memberikan maklumbalas dengan tindakan suaminya yang bakal keluarkan lagu raya tersebut,  menerusi Instagram, Datin Shahida telah memuatnaik sekeping gambar dirinya yang kelihatan agak kurang bersetuju.

Datin Shahida juga memberikan sindiran terhadap suaminya itu menerusi caption di gambar tersebut kerana merasakan suaranya suaminya itu tidak boleh “pergi”.

Menjengah keruangan komen, rata-rata para pengikut Datin Shahida merasa terhibur melihatkan gelagat suami isteri berkenaan. Mereka meminta Datin supaya bersabar dengan gelagat suaminya itu.

Jika dilihat ruangan komen Dato Alif, para peminat Dato Aliff juga turut melayankan sahaja minat Dato Aliff berkenaan.

Minat Dato Aliff terhadap nyanyian nampaknya tidak pernah pudar. Kelihatan beliau berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai hasratnya dalam bidang nyanyian.

Video yang dikongsikan Dato Aliff juga penuh dengan rasa teruja menunjukkan beliau tidak sabar lagi untuk memperdengarkan lagu terbaru beliau.

https://www.instagram.com/tv/CN2Qfc4J7RS/?igshid=15a8yb8dc7vla

Apa-apa pun tahniah Dato Alif kerana muncul dengan lagu terbaru tidak lama lagi. Apa komen korang terhadap suara Dato Aliff?

Sumber: ig Datin Shahida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!