“Tikus makmal aka model dah tak larat dah tu” – Netizen

Sejak berkahwin, PU Riz dan Lofa mendapat pelbagai perhatian daripada para peminat dan masyarakat. Berita pernikahan Neelofa baru-baru ini juga turut menerima pelbagai reaksi kerana pelamin, baju dan juga doorgift buat tetamu telah menjadi buah mulut masyarakat kerana begitu unik serta mewah.Para peminat Neelofa pula khususnya begitu bersyukur kerana wanita tersebut akhirnya dikurniakan kebahagiaan yang diimpikan sepertimana juga yang lain.

Sebelum ini Neelofa pernah menjalin hubungan dengan Hans Isaac namun hubungan mereka tidak menjadi kenyataan apabila terputus di tengah jalan. Setelah itu Neelofa juga pernah digosipkan dengan beberapa artis lelaki namun kesemuanya hanyalah sekadar sahabat baik.

Hubungan Neelofa dan PU Riz mendapat liputan meluas hanya setelah mereka berdua berkahwin dan menjadi pasangan yang halal.

Disebabkan itu mereka berdua kerap dirakamkan oleh lensa kamera para peminat kerana masih teruja melihat kebahagiaan pasangan tersebut. Pasti akan ada sahaja gelagat yang dapat dilihat. Ketika bersiaran secara live di Instagram.

Terkini menerusi instagram peminat Neelofa, peminat beliau telah berkongsi sebuah video dimana Neelofa sedang membuat ulasan beberapa barangan yang diterima oleh beliau. Antaranya adalah makanan dan minuman daripada para peminatnya.

Dalam video berkenaan Neelofa telah meminta suaminya untuk mencuba beberapa keping biskut raya dan juga minuman kesihatan yang dikirimkan oleh peminat.

Wajah PU Riz kelihatan penat namun demi menjaga hati isteri, beliau tetap menjamah makanan tersebut.

Rata-rata peminat merasakan tindakan PU Riz berkenaan sebagai tindakan yang cukup manis dan baik sebagai seorang suami yang melayani sahaja permintaan isterinya.

Sehinggakan ada peminat yang secara berseloroh menggelarkan beliau sebagai “tikus makmal” kerana perlu menjadi tukang rasa bagi beberapa makanan dan minuman yang diterima oleh Neelofa.

Jika dahulu Lofa melakukan semuanya seorang diri namun kali ini beliau sudah ada peneman. Sebagai suami, PU Riz telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dengan memenuhi apa sahaja permintaan isterinya.

Syukur Lofa dikurniakan seorang suami yang mithali dan memahami beliau. Benarlah jodoh itu rahsia Allah dan akan tiba sesuai dengan waktunya.

Sumber: ig lovestory.me_

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!