“Umi pun kemb0ng jugak” – Isteri Fizo Omar

Kalau dah nama rezeki memang tak ke mana. Ia bukan hanya pada wang ringgit. Zuriat berderet pun rezeki juga. Cepat atau lambat pun pemberiannya juga yang seharusnya disyukuri. Macam apa diperoleh pelakon, Fizo Omar dan isterinya, Fazeera Nazri Azrai ini. Seronoknya mereka apabila Fazeera kini kembali hamil selepas melahirkan anak 11 bulan lalu.

Siapa sangka… sebab kata orang anak pertamanya itu pun ‘masih merah’. Kalau ikutkan kata netizen, memang agak cepatlah juga ‘kilang beroperasi’ dek kebiasaannya ibu disarankan menjarakkan kehamilan dua tahun.

Kalau sihat dan tiada masalah kes1hatan, apa salahnya bukan…. Fizo pun nampaknya bangga dengan keadaan isteri tersayangnya itu yang dikhabarkan rupanya sudah mengandung lima bulan.

Seperti dicoret Fizo dalam kapsyen hantarannya itu, katanya dia bersyukur akan rezeki dikurniakan Ilahi buat dirinya sekeluarga itu.

Coretnya lagi, beza anaknya dengan isterinya yang dikahwini kali kedua, Fazeera yang dinamakan Khaleeda dan adiknya yang sedang dikandung itu hanya 11 bulan saja. Pantas juga tu ya…

Ada juga netizen di ruangan komen hantarannya itu yang menyatakan sudah terperasan perubahan fizikal Fazeera tatkala melihat hantaran dikongsikan Fizo di medsos. Tak sangka telahan ada benarnya.

“Woww tahniahh abe joe ”, “Insya allah bby boy fizo sbb aunty tuhari anak beda 11 bln ..bby girl ekkk tak sedar ngandung kembali mcm isteri fizo”, “Kembar tahun org tua² kata…tahniah.”

“Tahniah…seronok tau anak rapat2..DH besar nanti MCM sebaya je”, “Ya allah untung nya”, “Klo brslin swasta setahun satu pon xpe…klo gov pening kena dgr bebelan nt”, “ok geng.. nak besarkan rasa mcm kembar… skrg dua2 da besar serentak… Alhamdulillah”.

Itu antara komen netizen. Tak kurang juga netizen yang menyambut baik dan rasa tak sangka dengan berita gembira dikongsikan Fizo itu. Ramai juga mendoakan agar semuanya baik-baik saja.

Fizo mendirikan rumah tangga dengan bekas pramugari, Fazeera pada 21 Oktober lalu. Pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun berpisah pada 10 Julai 2019. Fizo dan Mawar dikurniakan cahaya mata, Wan Maryam, 5.

Sumber : IG Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!