“Plg comey kereta tu ke blkg dia, blh t0nggeng cmtu je nk ambil” – Netizen

Meniti saat kelahirannya hinggalah sekarang, jurnal perkembangan tumbesaran si kecil yang lahir hasil daripada benih cinta insan terpaling dikenali rakyat negara ini sememangnya sentiasa diikuti. Ramai yang mengikuti buah hati selebriti, Neelofa dan suaminya, PU Haris atau dikenali sebagai PU Riz, Bilal ini. Diam tak diam rupanya Bilal sudah memasuki usia setahun.

Dalam pada mengelakkan daripada mendedahkan wajah Bilal kepada umum beberapa bulan selepas kelahiran anaknya itu, hingga kini nampaknya Neelofa dan mula ‘belanja’ video dan foto Bilal.

Lihat saj4lah video sempena ulang tahun pertama kelahiran Bilal yang dikongsikan Neelofa di Instagramnya ini. Barulah puas netizen menatap kecomelan dan kegebuan si kecil ini.

Tak mustahil ada ramai ibu berbadan dua yang nak ‘tumpang’ ambil aura Bilal agar cahaya mata kelahiran mereka nanti pun akan secomel dan sejuk mata memandang seperti melihat Bilal kan…

Selain netizen, tak kurang juga rakan artis yang memberikan ucapan selamat hari jadi buat Bilal dan mendoakan si kecil itu. Ada juga yang melahirkan rasa ‘g3ram’ melihat keletah super duper cutenya…

“Bertuah… comelnya…  happy birthday Bilal handsome boy..” – pelakon, Memey Suhaiza. “Happy Birthday Bilal. Smart boy” – Scha AlYahya; “Pbeddaaayyy Bilal sayang anak solehhhh” – penyanyi, Wany Hasrita; “Happy Birthday Bilal sayaaanggg” – Mira Hafilzah.

“Mashaallah sejuk hati tengok hari hari”, “Sentiasa busy ya bilal ni”, “masyaAllah comel sangat bilal ni. Semoga membesar jadi anak yang sole”, “waitt BILAL 1 YEARS DAH????? omg semoga yg baik2 utk awk anak soleh”. Itu pula antara kata netizen.

Padanlah desupan komen dan like netizen dalam masa sejam pun lebih 150k views. Memang lain macam penangan bila lihat kelibat Bilal ni walaupun di medsos, tetap menancap mata yang memandang.

Seperti anak-anak lain, moga cinta hati Neelofa yang mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari 2022 ini membesar dengan sempurna.

Terdahulu, Neelofa dalam kapsyen hantarannya itu juga mencoretkan doa dirinya dan Haris yang berharap agar Bilal sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah swt, dikurniakan kesihatan & kesejahteraan yang baik, kefahaman agama, kebahagiaan serta hasanah di dunia dan akhirat.

Sumber : IG Neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!