“Uish berani Mira ye, kita yg tengok seram”- Netizen

Tubuhnya kecil molek tapi orangnya cukup berani. Itulah selebriti Mira Filzah yang sangat aktif dengan sukan lasak seperti luncur layar. Siapa sangka, Mira yang baru sahaja bergelar ibu ini memiliki semangat yang kuat untuk melibatkan diri dalam sukan rekreasi lasak ini. Hanya sebahagian individu sahaja yang berani untuk mencuba sukan luncur layar ini memandangkan ia terbang tinggi dan kekal terapung di udara.

Jika anda berpeluang bermain luncur layar, korang berani macam Mira Filzah? Kena fikir sampai sepuluh kali tu hehe… Mira memang berani habis kan.

Bukan setakat Mira sahaja, suaminya Wan Emir Astar pun ikut sama menaiki luncur layar. Nampaknya memang pasangan romantik ini kongsi hobi yang sama.

Melihat perkembangan Mira di Instagram beliau, Mira kini sedang bercuti di Switzerland bersama suami tercinta dan beberapa kenalannya. Beliau tidak membawa cahaya mata sulungya iaitu Wan Khair Amir memandangkan ia adalah work trip juga buat Mira.

Perkongsian Mira menaiki luncur layar membuatkan ramai netizen teruja melihatnya. Ada juga netizen yang seriau melihat keberanian Mira naik luncur layar.

Mujur ada pilot wanita yang bersama dengan Mira ketika luncur layar. Kebiasaannya lelaki sahaja namun beruntung buat Mira kerana dapat pilot wanita yang selesa untuk dirinya.

Seperti yang ramai tahu, Mira memang menjaga batas dengan orang yang bukan muhrim. Naik luncur layar pun perluukan pilot wanita sahaja. Bagusnya Mira Filzah.

Sementara itu, video Mira di Instagram telah menerima satu juta tontonan sejak dimuatnaik baru-baru ini. Pelbagai respon diterima Mira daripada netizen menerusi ruangan komen.

Tidak terkecuali, rakan artis juga turut teruja melihat Mira berluncur layar di Switzerland. Dapat lah menikmatti pemandangan yang sangat luar biasa di Switzerland.

Untungnya Mira dapat luncur layar dekat negara orang. Cantik sangat pemandangan di Switzerland. Berani juga Mira naik luncur layar, bestnya..

Sumber: Instagram mfmirafilzah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!