“Ada iras Erra Fazira la isteri Shahir”- Netizen

Ahmad Shahir bin Zawawi atau lebih dikenali sebagai Shahir merupakan seorang penyanyi yang sering menyanyikan lagu-lagu bergenrekan pop dan ketuhanan. Beliau mula menceburi industri seni suara setelah menjuarai sebuah rancangan realiti nyanyian iaitu Akademi Fantasia musim ke lapan pada tahun 2010. Lagu debutnya ketika itu iaitu “Kebahagiaan Dalam Perpisahan” berjaya melonjakkan lagi nama beliau dalam industri tanah air.

Shahir juga merupaakan bekas ahli kumpulan nasyid, Saujana. Walaubagaimanapun keberadaan Shahir di dalam industri seni agak tenggelam timbul kerana sering hil4ng daripada media dan arus populariti.

Meskipun nama beliau tenggelam timbul namun beliau masih di calonkan dalam peringkat akhir Anugerah Bintang Popular bagi kategori penyanyi lelaki popular. Kali terakhir beliau membuat ‘comeback’ apabila menyertai Akademi Fantasia Megastar para tahun 2017.

Terbaru beliau menyertai program realiti tv Hijrahkan Laguku dan menjuarai pertandingan tersebut sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000.00.

Beberapa hari lalu, Shahir telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan beliau iaitu Jaskin Jaludin yang merupakan gadis kelahiran negeri Sabah.

Menerusi Instagram Official Hlive, satu video yang memaparkan ketibaan pengantin di sekitar majlis resepsi berkenaan telahpun di kongsikan buat tatapan para peminat.

Menyingkap kehidupan peribadi penyanyi ini, beliau pernah di gosipkan mempunyai hubungan cinta bersama primadona filem melayu iaitu pelakon Erra Fazira. Bagaimanapun hubungan berkenaan di khabarkan tidak kesampaian dan terpuutus di tengah jalan.

Pernikahan Shahir akhirnya melenyapkan spekulasi status hubungan dengan Erra yang kini masih berstatus ibu tunggal selepas berpisah dengan bekas suami Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen berkata wajah isteri Shahir itu agak seiras dengan pelakon Erra Fazira. Shahir dan Jaskin berkenalan pada Mei tahun ini dan kemudiannya mengikat tali pertunangan pada 16 Julai di kampung halaman Jaskin di Sabah selepas mengenalinya menerusi Instagram selepas Aidilfitri lalu.

Namun begitu netizen memuji kecantikan wajah isteri juara Akademi Fantasia Musim kelapan itu dan menggelarkan pasangan itu bagai pinang di belah dua. Shahir dan isterinya itu merupakan pasangan sama cantik dan sama padan. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Pasangan itu diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang berlangsung pada 2 September yang lalu. Shahir berkata dia isteri yang juga pemilik butik sepakat memilih mengadakan majlis resepsi bersama bagi memudahkan ahli keluarga dan rakan taulan menghadiri majlis penuh bermakna itu.

Sebagai hadiah buat Jaskin, Shahir mencipta lagu khas berjudul Halal yang akan dipersembahkan buat isterinya pada majlis resepsi nanti.

Sumber: Instagram officialhlive

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!